Mia Liana Blogger Negeri Johor

Entri malam yang santai. Sekadar mengisi ruangan update blog ini. Mia adalah blogger dari negeri Johor. Lahir di daerah Batu Pahat. Sekarang bekerja dan menetap di Johor Bahru. Dalam pada masa yang sama, Mia juga luangkan masa untuk berblog. Banyak entri-entri di blog ini Mia autopublish mengikut tarikh dan masa yang dah ditetapkan. Kalau tak buat autopublish, takut tak berupdate blog ini nanti.

Dengan rakan blogger berbangsa Cina di entri SINI

Dah 10 tahun di dunia blog ini, masih lagi akan terus berblog selagi kudrat ini mampu untuk menulis. Kebanyakan entri-entri di blog ini banyak berkisar kepada personal dan lifestyle Mia. Harapan Mia nak blog ini sentiasa berupdate setiap hari.

Kalau perasan.. Mia dah mula update tentang informasi semasa tentang apa jua aktiviti, karnival, ekspo dalam negeri Johor di blog ini sebagai hebahan. Ditambah pula Mia mula aktif join invitation event di sekitar Johor Bahru.

Bukan senang nak jadi seorang blogger yang berjaya di luar Kuala Lumpur. Kena banyak usaha dan rajin. Yang penting jangan mudah putus asa. Positif dan kena berani hadapi cabaran era dunia digital ini.

** Mia blogger negeri Johor... anda pula blogger negeri mana?

Post a Comment

7 Comments