Perjumpaan JDT Blogger @ McD Setia Tropika



Kisah hujung minggu lepas, ada aktiviti perjumpaan JDT Blogger di Mcdonald's Setia Tropika, Johor Bahru. Perjumpaan pertama tahun ini bagi membincangkan aktiviti yang akan diadakan pada tahun ini dan juga isu-isu yang berbangkit. 

Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun kedua bagi group JDT Blogger kerana ianya ditubuhkan pada 20 Januari 2017 bagi menyatukan blogger-blogger di negeri Johor. Bermula dari beberapa orang blogger, kini sudah ada seramai 20 orang blogger dari kalangan wanita dan lelaki. Alhamdulillah...

Biasalah... bukan senang nak jumpa seperti ini. Dah plan baik tetapi masih ada juga yang tidak dapat hadir. Faham.. masing-masing ada komitmen. Hasil perbincangan dibentangkan dalam whatsapp group. Moga apa yang dirancang akan berjaya dilaksanakan tahun ini... amin....

Jom tengok gambar...











Terima kasih pada blogger Hernee, Nona, Uyul, Eda dan Dilah yang sudi luangkan masa di perjumpaan JDT Blogger pertama tahun ini. Moga akan ada lagi perjumpaan seterusnya nanti.


Pengambilan Ahli JDT Blogger 2018

Kami dari komuniti JDTBlogger dengan berbesar hatinya ingin mempelawa anda menyertai komuniti blogger di Johor.

Syarat penyertaan:
✅blogger Johor
✅blog aktif bukan krik-krik setahun
✅blogger adalah anak jati Johor yang menetap atau tidak menetap di Johor
✅blogger dari negeri lain yang menetap dan bermastautin di Johor
✅tidak terikat dengan mana-mana syarikat/ komuniti lain

Jom sertai komuniti JDT Blogger. Pm kami di socmed rasmi JDTBlogger



** sweet mini gathering....

Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum mia...tahniah2 buat ahli yg hadir utk meeting yg pertama ni...syg mama x dpt join tempohari sbb demam yg melanda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama... alhamdulillah...takpe.. tahu mama kurang sihat...

      Delete
  2. Hope apa yg telah kita rancang utk JDT Blogger akan berjalan dengan lancar kan kak mia..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya sesekali dapat jumpa depan-depan camtu. Selalunya jumpa dekat depan PC je kan

    ReplyDelete
  4. Yes, amin.semoga berjaya semuanya..AMIN

    ReplyDelete