image Kain Pasang Buat Belajar Jahit - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 2 May 2018

# Family Matters

Kain Pasang Buat Belajar Jahit


Azam Mia tahun ini yang paling mencabar Mia ialah nak potong dan jahit baju kurung sendiri. Dah lama tinggalkan zaman jahit baju kurung. Dulu masa sekolah menengah, Mia tolong Mak Mia jahit baju adik-adik. Bila dah habis sekolah.. belajar kat Kuala Lumpur. Langsung dah lupa kemahiran menjahit itu sehingga dah ada anak satu sekarang.

Kos upah jahit kat Johor Bahru ini dalam RM35 hingga RM50 sepasang. Belum dicampur dengan baju kurung Sofea lagi. Kalau nak raya, dalam RM200 kena standby untuk bayar upah jahit.


Semalam, Mia dah keluarkan 2 jenis kain pasang yang dibeli di Jalan TAR, masa outstation akhir tahun lepas. Lagi 1 jenis simpan dulu. Kalau tersalah potong kain pun, ada lagi kain.

Tengah nak recall balik dengan menonton cara-cara gunting kain kat youtube. Benda dah lama sangat kena tinggal, ambil masa juga untuk ingat balik.

Moga berhasil usaha Mia nanti untuk jahit baju kurung sendiri dan Sofea.


** kalau jadi... boleh terus buat baju raya tahun ni...

11 comments: