image Perasmian Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 29 May 2019

# Informasi Semasa

Perasmian Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends

Meriahkan sambutan raya bersama Didi & Friends sepanjang Ramadan & Hari Raya Aidilfitri 

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2019 – Bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, kempen Raya kami pada tahun ini akan dijalankan dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019. Quill City Mall Kuala Lumpur, destinasi mesra keluarga dan kanak-kanak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur dengan berbesar hati mengadakan sambutan bersejarah perasmian Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends.

Didi & Friends merupakan salah satu produk Digital Durian, program TV kanak-kanak popular yang menampilkan pendidikan, interaktif dan nyanyian menarik termasuklah bercerita untuk kanak-kanak. Dengan kejayaan dan sambutan pengunjung semasa Karnival 1Bilion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, dijangkakan kanak-kanak dan keluarga bakal menikmati sambutan istimewa Hari Raya bersama Didi & Friends ini.






Tahun ini, tema raya bertemakan pengembaraan Didi & Friends ke pantai untuk sambutan Hari Raya; tema pantai yang santai dan tenang gabungan elemen sambutan Raya secara tradisional dan moden. Dikelilingi dekorasi warna-warni lampu di Atrium Utama, rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang visualistik, dan potongan papan Didi antara dekorasi Raya kami yang tidak boleh dilupakan. Kawasan bertemakan pantai di Atrium Utama untuk keluarga dan kanak-kanak berbuka buka puasa dan sesi santai di tepi pantai dengan beg kekacang berwarna-warni. Konsep terbuka dan bebas yang membolehkan kanak-kanak berkumpul dan bersosial antara satu sama lain dengan dikelilingi koleksi fesyen terbaharu.

Sekarang, pengunjung boleh menikmati faedah parkir yang hebat. Dapatkan kadar percuma untuk parkir dengan mencari poster Scan Me QR Code. Pada hari biasa, parkir percuma adalah untuk 2 jam yang pertama dan pada hujung minggu, parkir adalah percuma.

Pengunjung yang mencari baju-baju baharu sempena Hari Raya ini, anda boleh memilih dan membeli pelbagai baju menarik yang ada dijual di reruai Raya kami. Reruai fesyen Raya ini terletak di Main Atrium Quill City Mall KL. Dapatkan fesyen terbaharu Hari Raya, rakam gambar anda dan kongsikan bersama rakan-rakan. Barang-barang Didi & Friends juga akan dijual sepanjang kempen ini, para pengunjung boleh dapatkan produk Didi & Friends di Foyer Pintu Masuk Utama, Aras Bawah. 

Quill City Mall KL telah mempersembahkan sambutan perasmian ini kepada rakan-rakan media, rakan kongsi dan pengunjung pada 25 Mei 2019. Sambutan Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends ini telah dimulakan dengan persembahan tarian. Dato’ Ar. Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Quill, Ng Chee Kheong, Ketua Pegawai Operasi  Kumpulan Syarikat Quill, Encik Alan Cheong, Pengurus Pusat Quill City Mall Kuala Lumpur dan Joseph Teo, Naib Presiden, Pemasaran Quill City Mall Kuala Lumpur akan merasmikan sambutan ini.

“Dengan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility (CSR) dari Quill City Mall KL, satu program We “Sea” Your Wish akan diadakan sepanjang tempoh kempen iaitu dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, bersempena sambutan Ramadan dan Hari Raya. Dengan inisitaif ini, para pengunjung akan berpeluang menyumbang kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Chow Kit dengan menunaikan impian mereka menerusi kad ucapan yang dipamerkan di We “Sea” Your Wish Display Area di Atrium Utama, Aras Bawah.

Kami berharap dengan program ini, kanak-kanak dapat bergembira dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta dalam festival keamanan, refleksi dan dipenuhi dengan kebaikan; sambil mengingati mereka yang kurang bernasib baik di dunia. Seperti biasa, kami ingin sebarkan kasih sayang dan kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik sebagai kenangan Hari Raya yang tidak akan dilupakan pada tahun ini,” kata Dato’ Ar. Micheal Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Quill.

Untuk menyertai We “Sea” Your Wish:
1. Pilih satu (1) daripada kad ucapan kanak-kanak.
2. Tulis mesej anda pada bahagian belakang kad.
3. Hantarkan kad ucapan tersebut bersama hadiah ke Kaunter Khidmat Pelanggan.
4. Kami akan bantu anda untuk serahkan hadiah kepada kanak-kanak pada akhir kempen.
Selepas perasmian, rakan media akan dijamu dengan hidangan Buka Puasa di Aragan Yokocho, restoran Jepun yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan dari Jepun – restoran makanan Jepun pertama dan terbesar di Asia.

Penampilan Maskot Didi & Friends & Persembahan bagi Memeriahkan Pentas Sambutan
Setiap hujung minggu bermula 23 Mei hingga 9 Jun 2019, jangan ketinggalan untuk menanti ketibaan mascot Didi & Friends dan saksikan persembahan mereka di Atrium Utama, Aras Bawah. Peminat Didi & Friends juga berpeluang bertemu dengan karakter kegemaran mereka, merakamkan gambar, menyanyi serta menari bersama Didi & Friends.

Pertandingan dan Promosi Hari Raya
Penebusan Raya kami yang unik adalah sampul duit Raya bersama pelekat Didi & Friends, Didi & Friends Zoomoov Ride, Carousel Ride, Guess & ‘Sea’ Voucher Redemption, pertandingan foto “Spot Didi & Friends” dan banyak lagi aktiviti menarik bakal menanti anda di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang untuk menebus hadiah edisi terhad sepanjang Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends apabila anda datang ke Quill City Mall, Kuala Lumpur. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Kami juga ada pertandingan foto “Spot Didi & Friends” yang mana para pengunjung boleh menikmati momen bermakna dengan merakamkan gambar bersama rakan-rakan dan keluarga pada Hari Raya ini. Hiasan menarik dan terbaharu disediakan semata-mata untuk rakaman gambar. Pertandingan ini berlangsung dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019, satu gambar hanya sah untuk satu penyertaan, pengunjung dibenarkan untuk masuk tanpa had, dan:

1. Cari Didi & Friends di Quill City Mall KL
2. Pos gambar anda bersama Didi & Friends dan dekorasi Hari Raya di Facebook
3. Letakkan tanda pagar #RayabersamaDidiandFriends dan tag @Quill City Mall KL
4. Pastikan hantaran anda sudah disetkan kepada ‘Public’.

TIGA (3) pemenang dengan gambar yang paling kreatif akan memenangi baucar tunai MR D.I.Y bernilai RM300.00 seorang.

Tidak lupa juga, pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang (MMMM) berlangsung dari 18 Mei hingga 31 Julai 2019 menampilkan 2,000 hadiah berbeza seperti tiket wayang PERCUMA, baucar membeli-belah, makanan ringan, permainan kanak-kanak dan hadiah misteri untuk dimenangi. Datang dan berbelanja untuk keperluan Hari Raya anda di Quill City Mall KL dan berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada pemenang bertuah kami yang akan memenangi pelbagai hadiah menarik di pertandingan Makan, Minum, Main dan Menang!

Untuk sertai:

1. Belanja sekurangnya RM30 untuk setiap resit di mana-mana restoran Makan & Minum di Quill City Mall KL
2. Tebus penyertaan dengan mengisi borang di Kaunter Khidmat Pelanggan
3. Pilih satu helai kertas daripada Dinding Tikam MMMM
4. Tebus hadiah anda!

Pada Hari Raya ini, Quill City Mall KL adalah destinasi pilihan terbaik untuk anda berkumpul bersama rakan-rakan dan keluarga dengan menikmati pelbagai tawaran Hari Raya menarik seperti makanan, fesyen, hiburan dan banyak lagi. Dapatkan juga cenderahati daripada reruai rakan kongsi dan penyewa kami seperti Ashh & Annas, Di Moda Closet, Fana Couture, Szoffya, Refash, United Babies Studio, Toy World, Alliance Spectrum, Zoomoov, Dupharma dan banyak lagi.

Kami turut rakamkan terima kasih kepada AirAsia BIG Loyalty – Rakan Kongsi Rasmi Setia, Aforadio.com – Rakan Kongsi Radio Rasmi, Viral Cham, dan Rojaklah – Rakan Kongsi Rasmi Media Sosial, dan Rakan Kongsi Pusat Beli Belah Rasmi seperti Kluang Station, D’oldtime Kopitiam, Travis Hegel, Glow & Glamour, MOG, Juice Works, MeTime Art, Photobook Worldwide, The Manhattan Fish Market dan Toy World.

Dengan kerjasama daripada AirAsia BIG Loyalty sebagai Rakan Kongsi Rasmi Setia, pengunjung boleh menebus 2 nilai mata BIG dengan setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari biasa dan 1 nilai mata AirAsia BIG Point untuk RM1 pada hujung minggu di mana-mana kedai di Quill City Mall KL. Ahli boleh menukarkan nilai mata BIG dengan tiket penerbangan bermula daripada 500 nilai mata AirAsia BIG. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Quill City Mall KL mudah diakses melalui lebuh raya, pengangkutan awam dan stesen monerel Medan Tuanku yang terletak di sepanjang Jalan Sultan Ismail, berhadapan dengan Sheraton Imperial Kuala Lumpur dan Asian Heritage Row; memberikan keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman beli-belah Hari Raya yang terbaik. Elakkan kesesakan lalu lintas dan datang ke Quill City Mall KL untuk berbuka puasa bersama kami disamping menikmati promosi Buka Puasa di kedai makanan dan minuman di sini. Parkir percuma tersedia selepas jam 5 petang ke atas pada hari bekerja dan pada hujung minggu, kadar tiket akan dikenakan bayaran RM3.

Jom memeriahkan lagi sambutan santai Hari Raya bersama kami. Dapatkan salinan brosur Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends untuk maklumat lanjut mengenai kempen Hari Raya kami.

Untuk soalan dan penyertaan tentang promosi serta program Quill City Mall, lawat laman Facebook, Instagram: QuillCityMallKualaLumpur atau laman web kami http://www.quillcitymall.com.my.

6 comments: