Domino’s ‘Unite’ dengan Mobile Legends dalam 515 Quest

Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15 

SHAH ALAM, 3 Mei 2019 – Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!




Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia. Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma. 

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan. Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat. Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”



Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia. Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.

Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.

Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional. Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”

Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”. Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan. 

Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton. Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.

Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah. Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut. 

Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:
  • http://www.dominos.com.my
  • https://www.facebook.com/mobilelegendsgame/videos/492540724614034
  • https://www.facebook.com/429900087357505/posts/902452060102303


Mengenai Domino’s Pizza 

Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit. 

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.


Mengenai Moonton

Moonton ialah sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 2014 dan beribu pejabat di Shanghai, China. Pada masa ini, Montoon mempunyai lebih daripada 300 kakitangan di Shanghai, Beijing, Hefei, Hong Kong, Singapura dan Indonesia. Moonton memberi tumpuan terhadap pasaran permainan mudah alih global, serta turut membangunkan dan menerbitkan permainan. Sebagai salah sebuah syarikat paling pantas berkembang di China, Moonton ialah syarikat China No. 1 yang mempunyai paling ramai pemain di luar China. Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan hebat terutama mereka dan merupakan permainan MOBA terulung di seluruh dunia.

Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang ialah permainan mudah alih MOBA paling popular di dunia (di luar China). Permainan ini telah dimuat turun sebanyak lebih 500 juta kali, dengan 60 juta Pengguna Aktif Bulanan. Berasaskan pertumbuhan pantasnya, ia telah mencapai penarafan 10 teratas di lebih daripada 50 negara. Ia merupakan MOBA yang meliputi kebanyakan negara, termasuk Asia Tenggara, Timur Tengah dan India. Secara keseluruhannya, Mobile Legends: Bang Bang telah mencapai 135 negara/rantau, disesuaikan dalam 23 bahasa dan dikendalikan di lebih daripada 700 pelayan untuk memastikan permainan dikendalikan dengan lancar. 

Post a Comment

2 Comments

  1. i stop playing ML years ago and skrg dah famous gila hahha

    ReplyDelete
  2. macam2 company pulak yang nak collaborate dengan ML ni

    ReplyDelete