image Roti Kukus Dan Homemade Kaya Pandan oleh Sofea - Mia Liana

Tuesday, 28 January 2020

# Dari Dapur Mia

Roti Kukus Dan Homemade Kaya Pandan oleh Sofea

Aktiviti memasak Sofea dengan Adik Mia di dapur semasa berada di rumah keluarga Mia di kampung musim cuti raya Cina baru-baru ini. Sofea nak cuba buat roti kukus dan homemade kaya pandan sendiri. Sofea yang salin resepinya dari youtube. Bahan-bahan beli kat TESCO Parit Raja.


Roti dipotong empat dan dikukus guna bekas kukus periuk nasi letak macam ni atas kuali yang ada air. Pengukus besar ada, tapi untuk Sofea masak, guna cara yang seperti ini lagi mudah untuk dia. Kukus selama 1 - 2 minit.



Buat kaya pandan sendiri. Bahan-bahannya :-

7 - 8 helai daun pandan (kisar dengan air dan tapis)
1 biji telur
7 sudu gula merah
3 sudu gula pasir
250ml santan
2 - 3 sudu tepung jagung
1/2 titik pewarna hijau

Kacau sehingga pekat atas api yang sederhana sehingga masak. Tuangkan ke dalam mangkuk, gaul dengan 1 - 2 senduk susu cair.



Hidangkan bersama roti kukus tadi.


Kali pertama Sofea cuba masak sendiri. Alhamdulillah.. menjadi juga. Suka dia dapat masak dengan dibantu oleh Adik Mia. Santapan sarapan pagi seisi keluarga.



** gambar diambil oleh Sofea sendiri.... chef of the day...


10 comments: