Jom Sertai Saranghaeyo Music Video Contest! #saranghaeyoMV #voiceofmen

Buat pengunjung sekalian, Mia nak war-warkan ada satu contest yang sedang berlangsung sekarang ini. Saranghaeyo Music Video Contest! Sesiapa yang ada bakat dan kreativiti dalam menghasilkan video... elok sangat sertai contest ini.




"Saranghaeyo. Hargai mereka yang ada disamping kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita."

 
Voice of Men - Saranghaeyo (사랑해요) Official Music Video


Jom sertai Saranghaeyo Music Video Contest! Jangan lepaskan sebab anda berpeluang untuk menangi hadiah wang tunai RM1,000! Wow!


Syarat-syarat:
  1. Terbuka kepada semua (individu mahupun berkumpulan).
  2. Muat naik 1 video berdurasi minimum 1 minit menggunakan lagu “Saranghaeyo” ke YouTube.
  3. Guna ‘Saranghaeyo MV Contest #saranghaeyoMV #voiceofmen’ sebagai tajuk video.
  4. Kreativiti: Anda boleh cover semula lagu Saranghaeyo dalam bentuk video ATAU cipta video kreatif menggunakan lagu Saranghaeyo ATAU berlakon dan gunakan lagu Saranghaeyo sebagai muzik latar.
  5. Pastikan berhemah dan tidak mencemari tatasusila dan budi pekerti kita.
  6. Pemenang akan dinilai menerusi video terbaik (jumlah like dan komen turut dinilai).
  7. Akhir sekali, kongsikan link video Youtube anda ke private message page Facebook Voice of Men di SINI (https://www.facebook.com/VoiceOfMenProduction/)
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 April 2020. Keputusan adalah muktamad.

** yeahhh... moga anda berjaya!


Post a Comment

4 Comments