Resepi Chocolate Mousse | Hmmm.. kegemaran Sofea dan Adik Mia. Kalau buat ni memang mereka berdua di dapur. Sofea pula yang decorate dengan nestum, yogood crunchy muesli dan koko krunch. Ikut suka dia.

Senang nak buatnya. Mudah dan cepat. Bahan yang diperlukan tidak banyak.



Resepi dan cara-cara membuatnya : 

  1. 200g dark chocolate  dicairkan dengan cara double boiling.
  2. 600ml whipping cream, dipukul sehingga gebu barulah digaul perlahan sambil masukkan dark chocolate yang telah cair tadi.
  3. Tuang ke bekas-bekas kecil dan hias dengan nestum, koko krunch dan lain-lain supaya lebih menarik.
  4. Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan 2 hingga 3 jam.
  5. Selepas itu, telah siap untuk dimakan.

Selamat mencubanya di rumah.... (^_^)