image Entri Yang Paling Senang Dan Cepat Dibuat - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Wednesday, 17 October 2012

# Tips

Entri Yang Paling Senang Dan Cepat Dibuat

Hmm... Mia nak tanya ni... Banyak-banyak entri, entri manakah yang paling senang dan cepat dibuat? Bagi Mia semuanya bergantung pada diri kita dan mood untuk menulis entri tersebut. Menjadi blogger pun ada kekangannya. Kadang kita tiada masa dan hanya ada masa yang singkat untuk update blog. Jadi bagaimana untuk buat entri yang paling senang dan cepat supaya kita boleh uruskan semua komitmen yang ada tanpa membiarkan blog bersarang? Boleh juga terus publish ataupun autopost.

Ini hanya sekadar pendapat sahaja, Mia hanya dapat kumpulkan beberapa jawapan yang boleh dihuraikan. Semua ini Mia buat kecuali satu sahaja yang tidak pernah buat lagi dalam blog ini iaitu Wordless Wednesday.


klik pada gambar untuk besarkan

Entri Segmen / Contest / Giveaway
Entri yang paling dan amat senang dibuat. Cuma letak banner segmen / contest/ giveaway dan tambah sedikit beberapa ayat sambil mengajak rakan-rakan lain join. Tidak perlu fikir nak taip apa. Kalau yang selalu buat entri yang macam ni, sepantas kilat berdesup terus siap.

Entri Gambar
Letaklah beberapa keping gambar di dalam entri dan terangkan sedikit mengenainya. tidak perlu banyak mengarang kerana daripada gambar itulah pembaca akan dapat gambaran yang sebenar dan mesej dapat disampaikan dengan mudah. Sebagai contoh, cara-cara untuk memasak, dari mula siapkan bahan-bahan sehinggalah selesai memasak. Ataupun buat tutorial bergambar.

Entri Luahan Hati dan Perasaan
Sebenarnya bila sedang mengalami perasaan suka atau duka secara tidak langsung kita akan senang untuk meluahkannya dan menaip tanpa henti di dalam entri. Bila sedar, dah banyak pula yang ditaipnya. Entri ini kadang ada gambar hiasan, kadang hanya tulisan semata-mata. Bila entri telah siap, terasa begitu lega sungguh kerana pembaca akan bagi sokongan dan galakan kepada kita secara tidak sengaja. Contohnya, kalau kita cerita yang kita sakit atau tidak sihat, tentu ramai yang akan doakan kita agar cepat sembuh.

Entri Wordless Wednesday
Hari Rabu yang paling simple dan dinantikan oleh para blogger di mana hari itu paling senang nak buat entri dengan hanya letak 1 keping gambar tanpa apa-apa penjelasan dan huraian mengenainya. Letak sahajalah gambar apa-apa. Nanti mesti ada yang komen dan bagi pandangan tentang gambar itu.

Kesimpulannya di sini. Tepuk dada tanyalah selera. Antara rajin ataupun malas. Antara mahu ataupun tidak. Ikutlah keselesaan kita sendiri dan pelbagaikan entri di dalam blog kita bagi menepati citarasa pembaca yang tidak mengira usia dan latarbelakang.

p/s: tips yang mudah dari Mia.... sesuai untuk blogger yang sibuk tapi nak update blog..

56 comments:

  1. baru terjebak dgn Wordless Wednesday ... plg senang kot. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm cuba bubuh 1 keping gambar je... memang paling senang setakat ni.

      Delete
  2. itula..sy pun dh pakai buat Wordless Wednesday tapi bila tengahari...taip panjang berjela...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo... takpe lah taip je panjang-panjang yang penting kita sendiri rasa puas lepas siap buat entri...

      Delete
  3. WW paling senang...hehe

    http://fendy1302.blogspot.com/2012/10/ww-paling-menyedihkan.html

    ReplyDelete
  4. kalau hari wordless bole tak?hehe..kesibukandgn kerja membataskan saya nk berblog

    ReplyDelete
  5. wordless wednesday mmg senang.tahniah kak sebab nominated as Anugerah Canselor!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikk hehehe terima kasih ya rozuan... ww memang paling senang..

      Delete
  6. Kadang2 kalau dh terlalu sibuk, nak buat entry WW pun tak sempat..

    ReplyDelete
  7. tepuk dada tanyalah hati...
    tip2 yang bagus kak mia.. ^_^
    saya pun buat macam tu... hihihi~~

    ReplyDelete
  8. WW macam paling senang... tp tak tau nak pilih letak gambar apa tanpa penjelasan. Bila menulis, merapu panjang pulak. Adeih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... takpe tulis ajelah apa2 yang dirasa tu... ;)

      Delete
  9. terima kasih atas perkongsiannya :)

    #newbies dlm dunia blogging

    ReplyDelete
  10. paling suka WW...tpi nak upload gmbr tu...sabar je la dgn line yg mabuk bercinta.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar ya eca kalu tenet tu slow... memang seksa juga.

      Delete
  11. i like WW mmg smpai skang masih buat WW..masuk hari ni dah 62 WW huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh hebat phat... mia belum sampai seru lagi ni... hehehe

      Delete
  12. yup, Wordless Wednesday paling mudah.. tapi sy amik masa pilih pic yg sesuai sblom tempek kt entry, huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm tu pun makan masa juga tu. tentu rambang mata nak pilih yang mana satu kan caliph?

      Delete
  13. Okje tak pernah lg buat ww....nanti kalau dh x de idea sesangat...boleh jugak cuba!

    ReplyDelete
  14. entry paling senang?
    entry kosong hahahah (melawak)
    terpulang kpd blogger.. kalau nak senang, buat sket2.. nak susah tulis panjang..
    yg penting pikat pembaca, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk takkan lah kosong sop... heheh nak baca apa kalau gitu... huhuhu

      Delete
  15. hehe..ala cik mia ni mcm taw2 je yaya mmg cmtu..
    kalo join segmen,mesti yg seng n cepat siap, pastu lau wat entri msti bnyk gmbr..(sebab mls nk taip), lagi best suke wordless wednesday tuuu..mmg xkan tinggal la..haha ;p

    -pasai tu entri smgu 2-3 kali je update..huuuu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... macam tak faham-faham pula... yaya ni. heheheh biasalah kan.... janji blog sentiasa update...

      Delete
  16. skrg brulh thu ap entry wordless wednsday. hari lain tak ada wordlss?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada sejarah di sebalik ww ni tapi mia tak ingat huhuu... hari-hari nak buat pun boleh juga ikut suka kita. yang penting jangan sampai pengunjung kita bosan sudah la...

      Delete
  17. hihihi...byk option nk menulis..tp bile dh buntu..mmg tak kuar jgk entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. kalau dah blank satu apa pun takleh buat... doa banyak2 jangan sampai terus blank.. huhuhhu

      Delete
  18. nani akan buat entry autopost utk info2. and time balik kg ke and x de masa nk online sbb tenet tenat mmg kena wat autopost entry awal2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah macam kak mia.. kalau bz memang selalu dah siapkan autopost punya... hehehe

      Delete
  19. tak buat wordless... buat SILENCE DAY.. penah sekali je kot buat wordless... tah rasa mcm malu bila buat tu... mcm meniru jek... better we create new identity

    ReplyDelete
  20. bagi anum paling senang yg bergambar..sbb kadang2 dalam gmbr sudah menceritakan segalnya...tp kalo line x ok...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. tapi kalau line tak elok memang takleh nak buat apa... huhuhu pendam ajelah perasaan tu...

      Delete
  21. Replies
    1. sis moy rajin wat entri yang menarik... suka kak mia baca...

      Delete
  22. oo..bgus tips ni..kdg2 line internet wat hal..terpaksa draft je entri tu..huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya noor... mia pun kadang ada yang masuk draft juga...

      Delete
  23. tak semestinya hari rabu jer buleh wordless..klu xdak idea, tiap2 hari pon boleh jadi wordless :P

    ReplyDelete
  24. Kebiasaannya entry wordless la yg selalu blogger gunakan apabila kering idea... Nice sharing kak.. :)

    ReplyDelete
  25. yang xde masa nk update blog pla,korang selalu update masa mana? takkan la update wak tu kerja.

    ReplyDelete