Kasut Sekolah Pallas Jazz Pilihan Mia

Setiap hujung tahun, Mia yakin mereka yang bergelar ibu bapa pasti sibuk membuat persediaan untuk keperluan anak-anak untuk naik sekolah berdasarkan bajet yang telah dirancang. Betapa pentingnya kena ada bajet, supaya semua keperluan sekolah seperti baju sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, yuran sekolah dan buku sekolah dapat disediakan dengan sebaiknya.

Mood ceria untuk bersekolah


Sebagai seorang ibu, Mia juga tidak ketinggalan untuk turut juga menyediakan keperluan naik sekolah buat Sofea termasuk kasut sekolah. Setiap tahun memang akan beli kasut sekolah baru untuk Sofea. Bagi Mia pemillihan kasut sekolah yang bagus dan berkualiti amat dititikberatkan sebab ianya digunakan sepanjang hari dan 5 hari seminggu di musim persekolahan. Jadinya, Mia pilih Pallas School Shoe Jazz Double Velcro Straps dan low-cut style. Kasut sekolah yang terbaik untuk Sofea.

Selesa sepanjang hari.


Sebab-sebah Mia pilih kasut sekolah Pallas Jazz ialah :-


  1. Kasut sekolah ini mengandungi material rubber untuk bahagian insole dan outsole manakala material canvas untuk bahagian upper.
  2. Ciri USP 306-0182BK begitu meyakinkan Mia. Kelebihannya, ia mengandungi foam yang lebih tebal dan membuatkan kaki akan rasa lebih selesa walaupun dipakai lama sepanjang hari persekolahan. Tambahan pula, ia mengutamakan lebih perlindungan dan keselamatan kepada kaki Sofea.
  3. Ciri double velcro straps design akan memudahkan Sofea untuk pakai kasut ini dengan cepat dan pantas.  
  4. Ciri durable canvas upper yang terdapat di kasut ini membuatkan ianya tahan lasak dan tahan lama penggunaannya. Pakai lama pun tak rasa penat kakinya.
  5. Ciri tapak kasut yang tidak terlalu keras dan selesa ketika berjalan dengan cengkaman yang kuat supaya tidak tergelincir ketika jalan di laluan yang licin.

Tapak kasutnya yang tidak keras dan mudah digunakan.

Pilihan ramai dengan kualitinya yang bagus


Hmmm... Kat mana boleh dapatkan kasut sekolah Pallas Jazz ini ya... Tidak perlu bimbang. Anda boleh beli dan dapatkannya di mana-mana pusat membeli-belah antaranya di AEON, Tesco atau Mydin Supermarket.


Ataupun nak lagi mudah dan tidak perlu keluar rumah, anda boleh beli sahaja secara online di Wow2wee Online Store di SINI. Makin ramai yang hidup dengan trend shopping online sekarang ini sejak norma baharu diperkenalkan di musim pandemik Covid-19. Lagi senang nak beli kasut sekolah anak dengan cara sebegini. Lebih selamat. 


Pallas School Shoe Jazz Double Velcro Straps 306-0182 - Link di SINI

Harga RM41.99


Wow2wee Online Store adalah Pallas Authorized Dealer yang dipercayai dan terjamin kualitinya



Buat semua. Tentu tidak sabar nak bersekolah semula. Mia nak ucapkan selamat kembali ke sekolah di tahun 2021, semoga ceria dan dapat belajar dengan bersungguh-sungguh. Usaha tangga kejayaan...


** back to school 2021....


Post a Comment

12 Comments