image Resipi Doh Pizza Dengan Kemanisan Kayu Manis, Boleh Cuba Sama-Sama - Mia Liana

Sunday, 3 January 2021

# Community # From Me

Resipi Doh Pizza Dengan Kemanisan Kayu Manis, Boleh Cuba Sama-Sama

Cinnamon Rolls, itulah namanya. Saat mula terpandang gambar untuk resipi menu ini terus dapat membayangkan bagaimana manis dan wanginya menu ini. Sesekali dapat nikmati gulungan kayu manis yang enak dan manis yang mudah disediakan dengan adunan pizza, bagus juga kan? Sesekali mencuba resipi baru. 

Tapi, tidak disangka pula yang adunan doh resipi pizza boleh dijadikan dalam bentuk Roti gulung bersama adunan kayu manis begini. Sudah tentu bila masak nanti, bau manis kayu manis akan semerbak di dalam dapur. Jangan jangan boleh sampai baunya hingga ke pintu rumah jiran sebelah. 



Ada juga terbaca di dalam artikel yang lain, bahawa resipi ini mementingkan adunan doh tersebut. Dan untuk menunggu doh naik memang agak makan masa. Nak mudah, gunakan saja doh pizza segera sebagai salah satu alternatif yang bagus. Rasa nak cuba resipi ni boleh terus beli doh pizza yang masih segar di kedai runcit, tidak ada masalah. 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  1. Mentega
  2. Gula
  3. Tepung
  4. Kayu manis
  5. Ekstrak vanila
  6. Doh pizza
  7. Telur
  8. Air
  9. Susu


Cara Buat Cinnamon Rolls Lembut 

Bahagikan doh kepada 4 bahagian.Tabur papan alas dengan tepung.Ambil satu bahagian doh, rata atau canaikan doh dengan roller doh menjadi bentuk square atau rectangle. 

Sapu filling atas doh sehingga rata seluruh permukaan. Gulung perlahan dan potong doh kepada beberapa bahagian kecil dengan anggaran saiz 2 cm. Lenser loyang dengan marjerin dan letakkan doh yang sudah digulung dengan filling dalam loyang. Ulang langkah yang sama sehingga semua doh berjaya di gulung dengan filling. Biarkan doh roti mengembang sekali lagi sekitar 20-25 minit. 



Panaskan oven dalam 5 minit sebelum kita masukkan doh roti.Bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah dalam masa 20-25 minit atau sehingga doh roti bertukar warna kuning keemasan. 

Tips Tambahan : Pastikan adunan pizza duduk selama kira-kira setengah jam, jadi lebih mudah untuk urusan menggulungnya nanti. Setelah selesai membakarnya, masukkan gulungan kayu manis dengan lapisan gula manis. Boleh sajikannya bersama segelas susu sejuk atau secawan kopi panas yang baru dibancuh. 


Antara Cinnamon Rolls Dan Pizza, Nak Dua-Dua


Cinnamon Rolls jika nak makan elok buat sendiri, barulah bau membakar yang wangi dari serbuk kulit kayu manis tu semerbak memenuhi ruangan dapur. Tapi untuk pizza, rasanya lebih mudah dengan menggunakan servis pizza delivery saja. 



Ini kerana pizza lebih rumit dan perlukan bahan topping yang pelbagai. Tambahan pula pizza ini sedap dimakan saat duduk lepak depan TV jadi semestinya di hari rehat begini, mahu betul-betul berehat. Biarlah buat pesanan secara atas talian saja dan tunggu pizza datang dengan sendirinya untuk di makan bersama famili.

Antara servis penghantaran pizza yang paling mudah dan ada di mana-mana, sudah tentulah Foodpanda.


8 comments: