image Review Kopitiam Nona Kedai Makan Melayu @ Taman Daya Johor Bahru - Mia Liana

Wednesday, 1 June 2022

# Family Matters

Review Kopitiam Nona Kedai Makan Melayu @ Taman Daya Johor Bahru

Pada hari Jumaat, 20 Mei 2022 yang lepas... Mia, Sofea dan Adik Mia pergi makan di kedai makan Kopitiam Nona. Kata Adik Mia, Bella sedap kat situ. Makanya nak pergi cuba rasalah juga. Tuan punya kedai makan ini, Puan Nona merupakan kawan kepada Bella. Sangat manis dan peramah orangnya. 

Memang diakui agak sukar nak cari kedai makan atau restoren melayu untuk sarapan pagi di kawasan berdekatan Taman Daya ini. Jadinya agak sesak dan sibuk di sebelah pagi dengan pelanggan baru dan pelanggan tetap kedai makan Kopitiam Nona. Lokasinya di No 24 Jalan Nibong 17, Taman Daya, Johor Bahru. Kalau ada berdekatan bolehlah datang makan di sini dari pagi sehingga 2.00 petang. Pelbagai menu disediakan. Bila masuk ke dalam kedai makan ini, terasa tenang dengan dendangan lagu 60-an. Bak kata orang mengimbas kembali kenangan silam. Sweet sangat.
Jom tengok gambar kami dan menu highlight di Kopitiam Nona ini....
Selfie di depan kedai makan Kopitiam Nona.
Nasi Lemak.
Lontong Basah.
Mee Kari.
Roti Titab
Roti Bakar.
Roti Bun Bakar.
Kacang Pool.
Egg and Chips.
Mee Hoon Soto
Antara minuman yang ada.
Senarai menu makanan dan minuman serta harga.
Meriahnya menu kami. Jemput makan semua.
Hmmm... patutlah ramai datang ke sini. Memang sedap dan berselera betul kami makan. Sampai tidak sedar perut dah penuh. Recommended dari Mia sangat. Rugi kalau tak rasa. Nanti cuba datang sini ya. Jom....


** jalan-jalan cari makan....


1 comment: