Review Hotel Grand Barakah Ampang Kuala Lumpur

Mia nak review sedikit tentang penginapan Mia semasa Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan LPNM - Sesi 1 Analisis Jurang ICT di SINI. Mia menginap 2 malam di Hotel Grand Barakah, Ampang Kuala Lumpur. Kiranya ibarat staycation sekejap di sini.

Nak sampai sini dari highway PLUS juga agak jammed. Lokasinya berdekatan Ampang Point Shopping Centre.

Sempat snap semasa berada di lampu isyarat sebelum nak belok ke kanan. Mujur driver pandai selok-belok jalan di Kuala Lumpur ini. Mia dengan Zul naik kenderaan pejabat.  Bos Mia dengan Hafizs naik kenderaan sendiri sebab singgah ke pejabat lain.



Biliknya pun selesa dan luas. Mia outstation ke sini atas urusan kerja. Janji dapat rehat dan tidur dengan tenang, Dah cukup bagus.


Pemandangan dari bilik Mia. Betul-betul berdepan dengan Ampang Point Shopping Centre. Kalau nak jalan kaki ke sana, tak jauh sangat dari hotel ini.

Me time. Sebelum tidur Mia layan drama bersiri Cina atau Korea di iQIYI. Mia subscribe untuk setahun. Masuk ini dah tahun kedua Mia langgan. Laju wi-fi hotel ini. Tak tersangkut pun tengok movie dan drama secara online.

Bab makan kat sini. Meriah menu makanannya. Ramai juga orang luar datang ke hotel ini, untuk lunch dan dinner. Yang penting perut perlu dijaga walaupun sibuk dengan kerja.





Simple review dari Mia. Sibuk juga kawasan Ampang ini. Terutamanya ketika waktu peak hour.. orang pergi kerja dan balik kerja. Mia perhatikan dari tingkap bilik Mia.


** rate hotel ini pun berpatutan juga....


Post a Comment

4 Comments

  1. jika gi kursus di hotel jadi phobia sbb x buleh tdo sampai ke pagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lahai... kenapa sampai tak boleh tidur tu? alhamdulillah... setakat ini mia boleh tidur sorang-sorang...

      Delete
  2. iqiyi pon syok jugak kan...selalu viu je...tp tu lah..bila subcribe yg ini, dekat apps lain plak ad cerita yg best,,,hahaha...sabo je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... mia yang iQIYI ni je. kadang kat handphone.. kadang kat laptop. tak tengok yang lain. kalau balik rumah family baru tengok kat netflix.

      Delete