Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan LPNM - Sesi 2 Analisis Jurang ICT

Pada 4 hingga 5 Oktober 2023 yang lepas, Mia menghadiri Bengkel Pelan Strategik Pendigitalan LPNM - Sesi 2 Analisis Jurang ICT sambungan kepada Sesi 1 di SINI. Lokasi di Hotel Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sesi 2 kali ini agak mencabar sedikit dengan didedahkan tentang teori pendigitalan secara sistematik bermula dari konsep masalah yang dinyatakan sehingga kepada perancangan struktur/prosedur untuk menyelesaikan masalah. Ada beberapa case study untuk pemahaman kami supaya lebih jelas.

Bengkel ICT Sesi 2 ini dipimpin oleh En Faizal dari syarikat perunding Statworks. Punyalah terperinci dan panjang lebar penerangannya. Dapat mengaitkan dengan realiti kerja di pejabat Mia. Perkongsian pengalaman bagaimana beliau selesaikan masalah klien-klien sebelum ini. Banyak juga tugas sebagai penasihat dalam memberikan penyelesaian pelbagai cara bersesuaian dengan kehendak klien-klien beliau.




Lebih kepada analisis dan penilaian serta amalan baik dalam membentuk ketrampilan organisasi ke arah transformasi dgital yang lebih mampan dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Turut mengambilkira gabungan operational view, technology landscape dan data layer untuk mewujudkan enterprise architecture.


Tiba bab makan kena happy.  Tidaklah stres sangat bila bekerja dalam satu team. Ceria je kan kami ini sambil makan, kami berborak ala-ala santai.





Semua yang dibincangkan dari Sesi 1 dan Sesi 2 akan menghasilkan Laporan Analisis Jurang ICT merangkumi topik Tujuan, Persekitaran Bisnes, Persekitaran ICT dan Analisis Jurang ICT. Rajah, Jadual dan Lampiran turut disertakan nanti.

Pada sebelah malamnya, kami keluar makan di Para Thai, Pavilion Kuala Lumpur di SINI.

Hari kedua pula, dah nampak dan tahu apa yang perlu dibuat. Imbas kembali satu persatu yang telah dibincangkan dan take note mana yang penting untuk siri bengkel seterusnya yang melibatkan pengurusan atasan LPNM. ICT ini sebenarnya sebagai enabler untuk menyelaras keperluan ICT bagi setiap bahagian/unit/negeri sekaligus mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan serta mengukuhkan operasi dalaman agensi.



Alhamdulillah.. selesai sudah 2 hari untuk Sesi 2. Moga dipermudahkan urusan untuk bengkel seterusnya di hotel yang sama. Amin....


Post a Comment

2 Comments