Ulam Petai Kampung

 


Petai merupakan sejenis ulam yang paling popular di kalangan orang Melayu kita. Walaupun rasanya agak pahit sedikit dengan bau yang agak kurang menyenangkan  namun ianya sangat digemari dan banyak khasiatnya. Mengandungi zat besi dan vitamin B6 serta serat yang tinggi, bagus untuk kesihatan.


Tiba... Mia buat ayat formal seperti perenggan di atas. Dah kenapa pula? Teringat semasa belajar dulu, buat karangan macam ini, memang seronok sangat. Lagi seronok dapat cukupkan jumlah patah perkataan mengikut kehendak soalan.


Petang yang tenang, nak makan petai buat ulam. Ada 3 papan petai kampung. Sedapnya. Dalam sebulan mesti ada sekali atau dua kali makan petai. Sofea agak kurang gemar makan petai walaupun dah banyak kali Mia pujuk. Tidak mengapa. Lama-lama nanti harap dia boleh makan petai ini. Mia dulu, Mak Mia yang ajar makan ulam-ulam. Yang pahit pun ada. Telan saja. Lama-lama boleh makan.


Petai ni buat makan dengan nasi panas dan lauk sambal. Favourite... Menu simple tapi sangat menyelerakan.


** update blog sambil kopek petai....




Post a Comment

2 Comments