Buat Rawatan Muka Di Bakawali Spa Johor Bahru

Pada hari Sabtu, 24 Oktober 2026 yang lepas, Mia ada temu janji untuk memanjakan diri dengan rawatan muka di Bakawali Spa, Taman Universiti, Johor Bahru. Untuk sesi kali ini, Mia memilih pakej Molek Bakawali.


Pakej Molek Bakawali ini khas untuk membuang milia seed, oil seed, dan skin tag. Menariknya.. pakej ini sudah lengkap sekali dengan facial treatment, hydrating treatment, electro cautery, dan LED mask. Sebenarnya, ini kali kedua Mia buat rawatan laser pada muka, jadi rasa gementar dan debar-debar itu kurang sikit. Kali pertama dulu Mia buat sekitar lima tahun lepas di Parit Raja, Batu Pahat. 

Sebelum prosedur bermula, kulit muka akan disapu krim kebas (numb cream) terlebih dahulu supaya kita rasa lebih selesa. Selepas rawatan pula, penjagaan muka sangat penting sepanjang tempoh pemulihan (downtime) yang mengambil masa lebih kurang seminggu. Prosedur ini mengambil masa dalam 4 jam dan bagi Mia sangat berbaloi dengan harganya RM 229.00 


Biasalah, usia semakin meningkat dan penjagaan kulit wajah memang perlu dititikberatkan. Sesekali ambil masa untuk berehat dan manjakan diri di spa, apa salahnya? Hari-hari penat bekerja.. inilah masanya untuk kita reward diri sendiri. Hidup kena sentiasa ceria, barulah wajah kekal berseri dan awet muda!


Lega selesai juga akhirnya selepas dua kali temu janji dibatalkan akibat hal yang tidak dapat dielakkan oleh therapist.


*me time di spa...

Post a Comment

0 Comments