August 2011

Wednesday, August 31, 2011

Kempen Merdeka 2011 Utusan Online



Mia nak ucapkan tahniah kepada Utusan Online kerana menganjurkan Kempen Hias Laman Web/Blog sempena Hari Kemerdekaan Ke - 54. Mia dapat tahu pun daripada blogger Feroz yang telah pun memasuki kempen ini, kalau tak.. Mia pun tak tahu tentang kempen ini. Ramai juga blogger yang menyertai kempen ini ditambah pula dengan hadiah yang lumayan. 

Tahun lepas pun, Mia hias blog dengan suasana merdeka tetapi tahun ini lagi meriah sebab Mia masuk Kempen Merdeka 2011 Utusan Online. Yang penting semangat kemerdekaan yang perlu diterapkan dalam diri kita. Tiada maknanya kemerdekaan itu, jika kita semua tidak kibarkan jalur gemilang. Walaupun hanya di blog, tetapi sumbangannya amat besar sekali bagi Malaysia. Tersebar ke merata dunia. Banggalah menjadi rakyat Malaysia.


Inilah penyertaan Mia dengan menampilkan gambar header dan background blog yang bercirikan 1 Malaysia sambil mengibarkan jalur gemilang. Keterangan gambar turut disertakan.

Kempen ini selama 2 bulan mulai Ogos sehingga September 2011. I'm proud to be Malaysian!!


Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54 - Happy Birthday Malaysia


Header blog ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke - 54

Wahhhh.... gembiranya tidak terkata. Serentak dengan sambutan Hari Raya, kita juga meraikan Hari Kemerdekaan yang ke - 54. Selamat Ulang Tahun Malaysia. Happy Birthday Malaysia. Mia harap semua warga Malaysia dapat meraikan hari yang paling bersejarah ini, tanggal 31 Ogos 2011. Betapa pentingnya pengorbanan wira-wira di masa yang begitu memperjuangkan hak sehingga ke titisan darah yang terakhir. 

Terdetik di hati ini, apakah sumbangan yang boleh diberikan di masa ini? Hanya dapat meraikan hari bermakna ini dengan penuh penghormatan dan penghayatan. Betapa Malaysia hidup aman dan damai kini hasil dari usaha padu dan gigih mereka, perajurit tanahair.

Marilah kita sama-sama memeriahkan suasana hari kemerdekaan kita dengan mengibarkan jalur gemilang walaupun hanya di dalam blog. Semangat cintakan tanahair perlu dipupuk sehingga ke anak cucu.

Template blog ini yang bercirikan 1 Malaysia

Tunggu apa lagi? Jom kibarkan jalur gemilang kita ke serata dunia... Sayangi dan cintai Malaysia... Malaysia tanahairku....
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke -54



Sumber banner : www.mpib.gov.my

Biasalah dah nak raya, memang sibuk betul menguruskan hal rumah tangga, sampai terabai sekejap blog ini. Harap maaf ya... Mia tahu pengunjung-pengunjung yang kat luar sana tuh, tertunggu-tunggu entri Mia ni. 

Di kesempatan ini, Mia sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan Yang Ke -54 kepada semua pengunjung blog ini. 

Maaflah andai selama ini Mia terkasar bahasa, tersinggung perasaan... manalah tahu kat dalam blog ni, macam-macam boleh ditafsirkan.

Terima kasih kepada 2 sahabat blogger Mia yang telah pun ucapkan Selamat Hari Raya pada Mia, iaitu Wanzi dan Cemomoi yang telah pun komen di entri sebelum ini. Sweet sangat. Ingat juga kat Mia....  

Ucapan Raya dari Wanzi...

Sungguh cantik kain pelekat, 
dipakai orang pergi ke pekan.
hari raya semakin dekat, 
silap dan salah mohon dimaafkan.

Selamat Hari Raya aidilfitri
maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..


Ucapan Raya dari Cemomoi

bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; 
bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; 
mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; 
duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, 
mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

Disamping itu juga, kemeriahan Hari Kemerdekaan Yang Ke -54, sayangi dan cintai Malaysia. Malaysia tanahairku tercinta. Semoga Malaysia akan maju dan aman sentiasa. I love you so much Malaysia.

Apa-apa pun persiapan Mia raya kali ini biasa sahaja. Esok dah mula balik kampung Batu Pahat, keluarga sebelah Mia... Raya ketiga barulah ke rumah Mak Mertua, sebelah suami Mia di Johor Bahru. Yang pastinya yang paling seronok, Sofea lah. 7 pasang baju raya termasuk 3 baju kurung. 2 pasang kasut raya. Wahh... bergaya sakan Sofea kali ini.

Senang-senang nanti jemputlah datang raya ke rumah.
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, August 25, 2011

Subjects Offered And My Timetable For September 2011 Semester



First impression, I don't really like my subjects for next semester. But what to do, have to finish the subjects, cannot avoid.  Hopefully, can manage to study and learn the subjects. Quite scary...  I'll be taking E-Commerce, Accounting Information System and Entrepreneurship subjects. Sounds tough for a programming student like me.


The one that I really don't like the most is the timetable. If you can see here, every week I have class. There is no class for Accounting Information System Subject in Sunday Week 1 and 3 schedule. What a pity... What to do, have to face it and accept it. 

Hopefully I will get good lecturer in face-to-face class and active e-tutor in online forum. Can't wait to see who are my new classmates... see you there....
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, August 24, 2011

How A Son Thinks Of His Daddy At Different Ages



At 4 Years
My daddy is great.

At 6 Years
My daddy knows everybody.

At 10 Years
My daddy is good but is short tempered.

At 12 Years
My daddy was very nice to me when I was young.

At 14 Years
My daddy is getting fastidious.

At 16 Years
My daddy is not in line with the current times.

At 18 Years
My daddy is becoming increasingly cranky.

At 20 Years
Oh! Its becoming difficult to tolerate daddy. Wonder how mother puts up with him.

At 25 Years
Daddy is objecting to everything.

At 30 Years
It's becoming difficult to manage my son. I was so scared of my father when I was young.

At 40 Years
Daddy brought me up with so much discipline. Even I should do the same.

At 45 Years
I am baffled as to how my daddy brought us up.

At 50 Years
My daddy faced so many hardships to bring us up. I am unable to manage a single son.

At 55 Years
My daddy was so far sighted and planned so many things for us. He is one of his kind and unique.

At 60 Years
My daddy is great.

Thus, it took 56 years to complete the cycle and come back to the 1st. Stage. Realize the true value of your parents before its too late.

Source : Email
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 23, 2011

Practical Student Artwork Design



Like usual, practical students will be assigned to do their own design using Adobe Photoshop. But this time, Mia asked them to create Raya Card on A4 paper. So what do you think? At least they knew how to design using different layers, changing the original images and blending the colours.

Introducing Aimerul, student from Politeknik Arau taking Diploma in Programming (4 July - 4 December 2011), Saidah and Azlin.. students from Kolej Komuniti YPJ Segamat (18 July - 4 November 2011).  Although only 3 students, they do help ICT Unit to do daily operation such as repair computer and printer, troubleshooting network, backup, installing drivers and others.

I was so happy that they had finally finished the design assignments. Although a bit difficult at the first time, later on, when they get use to it, they will create a creative artworks.

So, let's have a look at their designs. zasss.....



After Hari Raya, they will have to study programming code and create a new system. Whatever it is, they have the intention to study and learn new things and hopefully this will help them in their future career. All the best!
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, August 21, 2011

I've Been Awarded Anugerah Dermasiswa Yayasan Canselor OUM 2011



After such a long time, I've been waiting for the letter. Finally, it arrived on 18 August 2011, Pos Laju gave a notice card at my mailbox. The next day, Friday, I went to Pos Laju at Larkin to take the letter.

I was so happy for this great offer. Thanks to En Abdul Rahim, Director of OUM Johor for helping me to check the status of my dermasiswa. Thank you so much for Open University Malaysia for selecting me again to receive the award for this year. This honoured me as an OUM student and will try to study hard for the next 2 semesters.

So speechless. Don't know what to say anymore. Only tears dropping... how happy I am.. right now...

Read more / Baca Lagi >>>

Friday, August 19, 2011

MRT Logo Contest - Prize Giving Ceremony Disampaikan Oleh Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar



Alhamdulillah, semalam Mia telah menghadiri MRT Logo Contest - Prize Giving Ceremony yang disampaikan Oleh Tan Sri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat di 1 Sentral, Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengahari.

Pagi-pagi lagi, Mia dan suami menaiki bas ekspress jam 6.30 pagi dan sampai di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan jam 10.45 pagi dan menaiki KLIA Transit pada jam 11.15 pagi untuk sampai ke KL Sentral. Wah.... semuanya kami menggunakan pengangkutan awam. Mia amat kagum. Dulu lain sekarang lain. Sistem pengangkutan awam kini semakin bersistematik berbanding masa dulu tahun 2002 (sebelum Mia berpindah kerja di sektor kerajaan di Johor Bahru).

Hari yang penuh bermakna dalam hidup Mia. Siapa sangka terpilih menjadi salah seorang daripada 21 orang pemenang MRT Logo Contest (berdasarkan kepada undian tertinggi dan judging session). Mia mendapat tempat ke 3 dalam Consolation Prize. Syukur sangat-sangat.

Yang bestnya Mia sekarang dah mempunyai beberapa kawan dari kalangan designer... best kan? Bukan senang nak dapat kawan yang sama bulu dengan kita. Mia telah berkenalan dengan Emily, Hazizul dan Afif. Mereka ini merupakan graphic designer yang hebat. Boleh lah Mia minta nasihat mereka selepas ini.

Macam biasa, jom tengok gambar-gambar yang sempat diambil semalam. zas........













Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menjayakan MRT Logo Contest ini. Mia juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan blogger, twitter dan Facebook yang mengundi untuk logo MRT Mia. Begitu juga, dengan  rakan-rakan sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar OUM, teman sepejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Tanpa anda semua, Mia tidak akan sampai ke tahap ini. Dan paling penting sekali, sokongan padu dari ahli keluarga Mia dan suami Mia.

p/s: rezeki anak.... birthday Sofea yang lahir pada 07.08.09 bersamaan dengan tarikh tutup MRT Logo Contest ini...
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, August 17, 2011

Buat Ketupat Hiasan Dengan Pelajar Praktikal



Kemeriahan aidilfitri terasa kini. Sana.. sini di bahagian masing-masing dah pasang lampu kelap-kelip, gantung ketupat hiasan dan kad raya. Unit ICT pun tidak ketinggalan. Pelajar-pelajar praktikal pun sama-sama turut membantu. Bukan senang nak anyam ketupat ni, sebab agak licin. Tapi masing-masing cuba dan berjaya buat ketupat. Sifu nya Izwan. Mia pun lupa gak, lama-lama dah boleh buat. Maklumlah setahun sekali je menganyam.

Jom tengok. zassss....






p/s:  seronoknya nak raya...
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 16, 2011

Bila dah di tahun akhir pengajian Bachelor of Information Technology, Open University Malaysia....



Bila ditanya, berapa lama belajar di OUM? Jawabnya 4 tahun. Fuiyooo lamanya. Memang lama pun. Sebenarnya Mia tak sangka, lagi 2 semester akan tamat pengajian. Macam-macam rintangan dan cabaran yang Mia lalui. Bukan senang. Pernah seketika memang ada hajat nak berhenti belajar disebabkan faktor kewangan dan juga masa yang sentiasa tidak mencukupi. Berkat dorongan keluarga, mia dapat juga hendak menghabiskan belajar  di sini.

Mia masuk OUM mulai semester Mei 2008 dan akan tamat pada semester Januari 2012. Mula-mula masuk dulu agak kekok sebab memang sentiasa kelam kabut. Mana nak siapkan assignment dan kerja yang sentiasa outstation je memanjang. Bila dah masuk semester ke 2, Mia dah boleh sesuaikan diri.

Masa belajar ini jugalah, Mia mula mengandungkan Sofea. Bayangkan berat betul dugaannya. Nak belajar pun boleh menangis sebab rasa macam tak larat pada trisemester yang pertama. Bila dah masuk trisemester yang ketiga, Mia tangguh pengajian untuk semester Mei 2009 sebab dijangka bersalin pada bulan Ogos sewaktu peperiksaan akhir semester itu. Masuk sahaja Semester September 2009, masih ingat lagi, masa tu Mia pergi kelas dengan berstokin dan berbaju sejuk, siap menggigil lagi dalam kelas. Badan masih tak kuat, tapi sayang nak ponteng kelas, rugi ilmu nanti.

Tahun lepas memang Mia dapat dermasiswa tapi hanya untuk Semester Januari dan Mei 2010, manakala Semester September pula Mia tak tepati syarat yang dikenakan, GPA kurang dari 3.67. Tidak mengapa lah sekurang-sekurangnya 2 semester dah terkecuali dari yuran pengajian. Tahun ini pula katanya Mia masih dalam senarai menunggu dermasiswa, tapi tak tahulah sampai sekarang belum lagi sampai suratnya.

Mia sebenarnya minat sangat dalam bidang programming sebab itu Mia memilih untuk ambil bidang Information Technology. Subjek-subjek lain Mia biasa-biasa aje. Tak semestinya semua subjek kita mahir dan boleh menguasai sepenuhnya, ada juga yang tidak boleh. 

Ramai juga yang bertanya apakah tips yang Mia amalkan. Yang utama sekali diri kita sendiri samada nak belajar ke tidak? Boleh sanggup hadapi risiko ke tidak? Kekuatan yang ada dalam diri sendiri tu yang paling penting. Bukannya senang tetapi tidak mustahil. Yang penting kita harus mencuba.

Mia pun sama seperti orang lain juga. Kehidupan Mia sebagai seorang pelajar OUM yang telah bekerjaya dan berkeluarga ada dalam blog ini. Tujuannya untuk dijadikan diari, panduan dan penyuntik semangat kepada mereka yang hendak ataupun sedang belajar. Mia tiada niat apa-apa pun selain dari itu. Syukur alhamdulillah, Mia dah sampai ke tahap ini dan hampir ke penghujungnya. Berkat kesabaran dan pengorbanan seluruh ahli keluarga.
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, August 13, 2011

Kisah Budak Penjual Kuih




Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima . Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua 
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya! 

Sumber : Emel
Read more / Baca Lagi >>>

Friday, August 12, 2011

Leganya... Final Exam Semester Mei 2011 Telah Selesai


Alhamdulillah, selesai sudah Final Exam Semester Mei 2011 untuk 3 subjek dalam tempoh 4 hari. Agak stress kali ini, memandangkan masa seakan tidak mencukupi untuk persediaan rapi. Selepas paper yang pertama, Mia agak demam sedikit, dalam 38 darjah Celsius. Nak makan ubat tentulah tidak digalakkan, takut overdose, Mia hanya makan vitamin C dan supplement lain. Kepala memang terasa berat, dugaan betul pada masa itu.

Mia dah sedaya upaya menjawab soalan final exam. Ada juga yang Mia ragu-ragu... yang penting jawab semua. Doa sangat agar yang menanda jawapan paper Mia ni lembut hati nak bagi markah. 


Jom tengok gambar masa Mia ambil awal pagi semalam. zassss...

Tempat Mia belajar sebelum masuk ke dalam Dewan A di tingkat 2 

Pemandangan di waktu pagi dari tingkat 2. Sangat menyejukkan.

p/s: tak sabarnya... ada lagi 5 subjek sebelum tamat pengajian..
Read more / Baca Lagi >>>

Thursday, August 11, 2011

Kempen Dan Sokongan Dari Rakan Blogger Semasa MRT Logo Contest



Semasa MRT Logo Contest sedang berlangsung, Mia dapat sokongan padu daripada rakan-rakan blogger yang sudi buat kempen di blog masing-masing dengan meletakkan voting code di ruangan side bar, ada juga yang membuat entri. Mia nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu menyalurkan maklumat dan mempromosikan Contest ini kepada pengunjung di blog masing-masing.

Alhamdulillah, Mia syukur sangat kerana mereka juga banyak membantu menaikkan undian yang dibuat ke atas logo Mia.

Jom tengok siapakah blogger-blogger ini. zassss...











Komuniti blogger yang dahulunya dianggap enteng oleh sesetengah masyarakat sebenarnya penting dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Terima kasih sekali lagi.
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, August 10, 2011

Ucapan Tahniah Daripada MRT Logo Contest



Syukur alhamdulillah, bila keputusan akhir diumumkan pada jam 10.00 malam tadi logo Mia mendapat tempat ke 3 dalam Consolation Prize dengan undian sebanyak 555. Petang tadi selepas habis exam, Mia ada terima panggilan dari MRT Logo Contest untuk sesi interview di atas talian. Macam-macam yang ditanya, Mia jawab semua.

Klik pada gambar untuk besarkan

Jom tengok petikan emel dari MRT Logo Contest. zasss..

Firstly, thank you for participating in the MRT Logo Contest.

Congratulations on being the Consolation Prize winner of the MRT Logo Contest! Upon consolidation of entries, we have found that your winning logo accumulated the highest number of votes at a total of  555 votes.

The Organisers are greatly pleased with the response to the contest based on the number of contenders and votes. With that, we would like express our sincere gratitude for contributing to the success of the contest.

Since the contest was first launched on the 3rd of August, we have received an average of 250 logo submissions daily, totalling the logo submission at over 9300 with a total number of votes cast at over 81,000.

We would like to thank you for putting in the effort to participate in the MRT Logo Contest. We value your support, and your contribution to us is immeasurable.

On behalf of the Organiser, we would like to congratulate you personally by inviting you to the prize giving ceremony. The prize giving ceremony will be held during a press conference at the details below:


Venue : xxxxxxxxx
          xxxxxxxxx
          xxxxxxxxx
Date :  xxxxxxxxx
Time :  xxxxxxxxx


Once again, thank you for participating and we look forward to meeting you. We hope for your continuous support towards the MRT movement, and in our effort to improve land public transport in Malaysia.

Mia ingin mengucapkan ribuan terima kasih semua pengundi-pengundi di luar sana yang telah mengundi Mia untuk contest ini. Jasamu akan dikenang. Tidak lupa juga ucapan syabas kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus untuk menjayakan contest ini. Kepada peserta contest yang berjaya, jumpa kita di sanaaaa!
Read more / Baca Lagi >>>

Tuesday, August 9, 2011

Result Sebenar Semester Januari 2011 Selepas Disemak Semula


Tentu ingat lagi bukan? Tempohari Mia ada buat entri Result Semester Januari 2011 . Masa itu memang kecewa sangat dan sedih dengan result yang tidak berapa baik. Tadi bila Mia check dalam sistem myVLE, punyalah terkejut + gembira bila result telah dipaparkan. Syukur alhamdulillah, terus rasa bersemangat kembali untuk belajar.

Jom tengok result Mia yang terkini.. zass..

Sila klik gambar untuk besarkan

Mia rasa tentu ada pelajar OUM yang juga tidak puas hati dengan result mereka dan Mia ingin sarankan jika yakin buatlah rayuan semakan semula untuk subjek yang berkenaan secepat mungkin. Markah assignment pun boleh disemak semula. Yang penting kita harus mencuba untuk mendapatkan hak kita. Terkadang ada juga kesilapan "human error in marking exam paper". Walaupun result ini keluar lambat tapi Mia rasa puashati sangat berbanding dengan B dan B+ yang ternyata terlalu jauh beza dengan result baru ini. Secara keseluruhannya CGPA Mia telah naik semula menjadi 3.83.

p/s: satu paper dah lepas semalam... tinggal 2 paper lagi, hari rabu dan khamis ni..
Read more / Baca Lagi >>>

Monday, August 8, 2011

Kedudukan Logo MRT Mia Semasa Undian Ditutup


Bermula dari petang semalam, kedudukan ranking berubah mendadak dan sentiasa berubah sepanjang masa. Masing-masing berlumba-lumba untuk naik ke atas. Selepas sahaja berbuka puasa di luar, sekembalinya Mia dan keluarga ke rumah, logo Mia telah jatuh ke rank 2. Apalagi, Mia sibuklah kempen sana.. sini.. Suami Mia call kawan-kawan dia yang lain, minta tolong undi. Rakan-rakan blogger di sebelah utara, ada yang tidak dapat mengundi. Undian yang Mia dapat tidak cukup untuk menaikkan Mia ke rank 1 semula. Apa-apa pun sekurang-kurangnya Mia dah berusaha bersungguh-sungguh sehingga ke titisan yang terakhir.

Di kala 1 jam sebelum tamat undian, server ada menghadapi masalah sedikit dan ramai mengadu tidak boleh buka website MRT. Biasalah, dah di saat-saat akhir kadang-kadang macam ni. Website kembali semula aktif  15 minit sebelum jam 12.00 tengah malam.


Mia mendapat 626 undian dengan beza sebanyak 13 undian daripada logo di rank 1. Syukur alhamdulillah.

Mia rasa begitu gembira sekali di atas sokongan padu dari rakan-rakan sepejabat, OUM, Facebook, Twitter dan Blogger yang tak putus-putus berkempen untuk Mia. Terima kasih yang tidak terhingga,dan tidak terbalas budi rasanya. Kepada peserta-peserta contest, Mia ucapkan semoga berjaya dan tahniah di atas usaha gigih untuk mendapatkan undian.

Semua undian akan dikira kesahihannya sehingga esok dan keputusan akhir akan di umumkan pada hari Rabu 10 Ogos 2011.

p/s: tahniah kepada pihak penganjur yang begitu tabah dan profesional ketika mengendalikan MRT Logo Contest ini.
Read more / Baca Lagi >>>

Sunday, August 7, 2011

Jom Undi Logo My Rapid Transit (MRT) Ini... - Sticky Post Sehingga 7 Ogos 2011



Mia nak ajak rakan-rakan semua luangkan sedikit masa untuk mengundi Logo MRT Mia ini tanpa menggunakan akaun Facebook (yang masih menghadapi masalah). 

Mudah dan senang sahaja hanya perlu mendaftar ke dalam Laman Web MRT Logo Contest. Cepat! Buatlah undian sekarang sebelum 11.59 malam 7 Ogos 2011. Sokonglah Mia ya...

Cara-caranya :
2. Buka Emel dari My Rapid Transit dan klik link URL pengesahan pendaftaran.
4. Buka URL Logo di http://www.mrtcontest.com/?p=14873 dan klik "Vote"
5.Jika berjaya, "Vote" akan menjadi "Voted"

Jom lihat Keputusan Semasa di :

Calon Grand Prize
Calon Consolation Prize

p/s: entri ini telah dimasukkan pada jam 11.50 malam 4 Ogos 2011
Read more / Baca Lagi >>>

Entri My Rapid Transit (MRT) Logo Contest Paling Popular


Hmmm.. tentu tertanya-tanya ya.. berapa banyakkah pageviews yang Mia dapat semasa My Rapid Transit (MRT) Logo Contest? Memang jauh sangat bezanya jika dibandingkan dengan undian yang telah diberikan. Tidak semua pengunjung yang hadir dapat buat undian untuk logo ini. Mia nak ucapkan terima kasih ya, sekurang-kurangnya datang juga dan baca entri-entri blog ini.

Jom tengok entri yang paling popular tu setakat ini. zasss...

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Ini adalah senarai entri yang paling popular dari 9 Julai 2011 hingga 7 Ogos 2011. Mia berharap agar anda terbuka hati untuk mengundi logo Mia ini yang akan tamat pada 11.59 malam ini. Cepat.. cepat...

p/s: sila rujuk di sidebar kanan untuk membuat undian. terima kasih di atas sokongan yang diberikan.
Read more / Baca Lagi >>>

Saturday, August 6, 2011

Logo MRT Mia Sudah Di Rank 1... Perlukan Undian Lagi Untuk Terus Kekal Sehingga Esok




Alhamdulillah... segala usaha penat lelah minta undi di sana sini, terbalas jua akhirnya Mia mendapat rank 1. Tapi agak bahaya juga memandangkan kedudukan masih tidak stabil. Mia masih memerlukan undian lagi. Bagi sesiapa yang belum mengundi, di harap dapatlah tolong Mia undi logo ini. Mia harap sangat dapat kekalkan ranking ini sehingga 11.59 malam esok. Tinggal 1 hari sahaja lagi.

Macam-macam usaha yang Mia dan suami telah lakukan. Facebook, Twitter, Blog, Group Facebook, semua media kami gunakan. Belum raya lagi dah bertandang ke rumah sanak saudara, rakan taulan untuk minta undi daripada mereka. Rakan-rakan yang rapat, rakan satu pejabat dan rakan pelajar OUM, semua dah tolong vote. Sokongan dari kalangan blogger juga cukup memberansangkan, sanggup tolong kempen untuk Mia. Senarai blogger yang tolong kempen ada di sidebar kanan blog ini. Mia juga ada exchange votes dengan beberapa peserta contest.

Jom tengok suami Mia ajar kawan dia vote kat rumah dia.. zasss..




Yang penting kita kena usaha. Kepada yang telah mengundi logo MRT ini, Mia ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Siapa lagi nak sokong Mia, kalau bukan anda semua....

p/s: tolong bantu undi rakan satu contest Mia ya... di http://www.mrtcontest.com/?p=14192
Read more / Baca Lagi >>>

Wednesday, August 3, 2011

A Gift From DiGi



Thanks to DiGi. You guys are great! Although I was not in rank 1 for Blogger of the Year Category, at least I got something from you. It was not easy to be in rank 2, you know... This good news was being informed by Sulin Lau via Twitter on 22 July 2010. Quite surprise....

I just received the parcel yesterday at my mother-in-law's house. Thanks for sending us 2 limited edition yellow man gifts. A cute mug and an M size t-shirt. So sweet......

Since the t-shirt too small, we gave it to my husband's nephew, Firdaus. He was so happy wearing that t-shirt. Let's look at the photos.... zasss...




p/s: now I have lots of friends who knew me....
Read more / Baca Lagi >>>

Top Supporters April 2017