Bantu 3 Orang Blogger Atasi Masalah Dengan Entri dan Blog

Bantu 3 Orang Blogger Atasi Masalah Dengan Entri dan Blog

Minggu ini sahaja dah ada 3 orang blogger yang Mia bantu. Mia tolong mana yang termampu sahaja.

Masalah : buat entri baru apabila di publish, langsung tidak keluar entri itu. Hanya kosong.
Penyelesaian : Mia pergi kat Template > Edit HTML > pilih Revert widget templates to default. Barulah entri terbaru muncul selepas di publish.

Masalah : Nak masukkan coding dalam kotak segmen untuk entri Giveaway. Tetapi bila di publish coding dalam kotak segmen, output berubah. Didapati Post Settings > Options > Line Breaks default kepada Press "Enter" for line breaks dalam entri Giveaway itu. Maka coding tag br (untuk line break) akan tiada dalam ruangan HTML.
Penyelesaian : Mia setkan Post Settings > Options > Line Breaks kepada Use br tag supaya entri Giveaway itu dapat mengenali tag br supaya coding dalam kotak segmen tidak akan berubah.

Masalah : Ruangan komen dan kotak komen tidak keluar langsung dalam threaded comment
Penyelesaian : Macam-macam yang Mia cuba dari segi tukar coding secara manual di Template > Edit HTML. Lepas itu, tukar template blogger lain dan template yang di download dari laman web blog template. Pun tidak boleh juga. Akhirnya, boleh keluar apabila tukar ke dalam template dynamic. Memang pelik kes ini, Mia belum pernah jumpa setakat ini. Kalau tak boleh keluar, lepas tukar coding secara manual, selalunya akan keluar.

Alhamdulillah, dapat juga Mia selesaikan. Entri ini sekadar perkongsian untuk blogger-blogger lain sekiranya menghadapi masalah yang sama, bolehlah cuba cara yang Mia buat di atas.

suka dapat selesaikan masalah mereka...

Post a Comment

80 Comments

  1. terima kasih banyak2 kak mia...lps nie tak nak godak2 blog lgi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dah selesai masalah Nor ye. Ibu baru je komen di blog NOr.

      Delete
    2. sama2 normi.. tu je yang termampu kak mia lakukan...

      Delete
  2. tima kaseh tau kak,really appreciate your effort to help me.
    Sobs. teharu
    Ynarazali like it

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. dalam berblog keinsanan dan keprihatinan
    tak terbiar jauh

    ReplyDelete
  4. Mia dah jadi pakar rujuk sekarang. Tahniah Mia! ramai yang Mia dah bantu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. trima kasih kak mia. yang pasal kes komen tak kluar tu, uzu pun baru 1st tym dgr

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak mia. bestnya diorang kak mia tolong. hee sheila dah pernah tanya kak mia pasal cara nak buat blog mesra seo. sebab kalau cari kat google, semua keluar indo punya. ohh tak pasan lah. hehehe. mohon bantuan kak mia kalau sudilah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sheila... tu la kak mia tak berapa reti sangat bab seo ni. cuba sheila tanya blogger2 seo lain. kak mia ni banyak citer personal...

      Delete
  7. Bagus ada sifat membantu ni.. bila ada sifat tu menunjukkan kita ni jenis yang friendly..

    ReplyDelete
  8. Salam Mia,
    Saya tidak hairan jika blog ini sering menjadi pilihan dan disukai ramai...Pastinya kerana empunya diri yg sgt mesra dan suka membantu. Teruskan beramal...kemahiran yg ada tidak rugi jika di kongsi bersama.
    p/s: tau post artikel jer...xpandai dlm teknikal blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam bin muhammad.. terharunya mia dengan komen yang diberi... ;)

      Delete
  9. oooo..nice sharing kak mia
    kes yg pertama tu sllu berlaku kat blog sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 yumida... ooo kena buat macam yang kak mia buat tu ya... nanti ok la tu..

      Delete
  10. hebat lah kak mia ni...mmg terbaek...nice sharing, lepas ni kalo terjadi benda2 mcm tu, boleh refer entry kak mia ni.. :)

    ReplyDelete
  11. Mia dah jadi cikgu...nak tanya gak..kalau nak buat header ..nak guna yg mana nampak cantik...photoscape, blogskin @ apa yg saya tak tahu lagi...pls...

    ReplyDelete
  12. wahhh...dh mcm consultant pasal blog...hebat!!

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah... boleh jadi perunding blog la lepas ni... ^_^

    ReplyDelete
  14. Subhanallah...tak sia2 Mia akak jadikan sumber inspirasi akak. Blog akak pun tgh bermasalah juga. Dah puas godek2 tapi still tak menjadi. Agaknya, nk kena berguru atau minta bantuan Mia juga agaknya ni baru betul blog akak tu... Sudikah Mia bantu akak ni ya? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... mia tengok kak ieta kena kurangkan skit widget tu.. macam banyak pula di depan...

      Delete
  15. wah...kak normi punya problem pun dah settle...syukur alhamdulillah... kak mia memang baik hati dan suka membantu...alhamdulillah...semoga Allah murahkan rezeki kak mia...

    ReplyDelete
  16. bagusnya Kak Mia pandai edit2 blog ni..saya langsung tak reti

    ReplyDelete
  17. hebaknya kak Mia.. dapat bantu blogger yang hadapi masalah dgn blog masing-masing. semoga sukses kak Mia.. :)

    ReplyDelete
  18. nice sharing
    biasanya kena try and error :)

    ReplyDelete
  19. kerrlasss la kakmia ! tunjuk ajarku sifu :D

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah setel masalah mereka...tapi yg kes cik normi tu mmg la pelik...bila view page source dia hari tu, komen ada cuma tak display...tu yg pelik....apa2 pun syukurlah semua dah setel...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang betul2 pelik... tapi lega sangat2 bila dah selesai...

      Delete
  21. alhamdulillah, settle jgk akhirnya.. messti lega kan kak mia

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum mia....wah bestnya dpt bantuan dari mia....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama.... syukur alhamdulillah...

      Delete
  23. Wah..baguslah kak mia..Bantu membantu..Saya pula ada masalah dengan feed blog. Tulis entry dah beberapa jam lalu..tapi baru keluar dekat dashboard.

    ReplyDelete
  24. sangat membantu kak mia..mesti dorang dah selesaikan masalah tue

    ReplyDelete
  25. yelah yang cik nor tu ...okje nak komen tak boleh! dah oklah ni yeh!

    ReplyDelete
  26. salam kak mia..b0le tl0ng sy x..?
    hritu sy cbe buat "welc0me to my blog" tp sy x backup dlu..and now my blog bla bkak jd kosong jee...mcm mna nii..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dear.... sila add kak mia dalam fb julia ngah. kita chat kat situ akan lebih mudah.

      Delete
  27. kak mia blog saya pun tak boleh komen..bila click je mesti komen ada hilang tetibe tak sempat nak click reply.. macam mane ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? cuba inbox fanpage kak mia. nanti kita chat kat situ je.

      Delete