Buat Air Soya Di Rumah
Mia Liana
10/30/2011 11:57:00 pm
14 Comments

Sebenarnya buat air soya sendiri lebih baik dari beli yang di luar. Dapat buat banyak dan sesuai benar dengan keluarga Mia yang besar ini. Adik-beradik Mia ada 8 orang. Lokasi dapur kali ini di rumah keluarga Mia di Batu Pahat. Kebetulan pula, Mak Mia sedang blender kacang soya yang telah lama direndam. Kemudian, Bella pun turut perah soya yang telah diblender bersama Mak Mia. Sesi perah ini yang agak letih sedikit. Perlu gunakan tenaga tangan. Kena perah kuat-kuat, keluarkan air.
Selepas sahaja perah, periuk dipanaskan dengan api yang sederhana dan kemudian daun pandan dimasukkan. Sambil-sambil itu, bolehlah bubuh gula untuk maniskan air soya ni. Selepas selesai, dihidangkan di dalam jag dan sesuai diminum panas-panas atau pun dengan ais.
Selamat mencuba!








p/s: sesuai dan berkhasiat untuk seisi keluarga...