image Backup Blog Dahulu Sebelum Buat Perubahan - Mia Liana

SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Sunday, 21 April 2013

# Tips # Tutorial

Backup Blog Dahulu Sebelum Buat Perubahan

Mia akui terkadang apabila kita blogwalking dan ternampak entri tutorial yang betul-betul menarik perhatian, sudah tentu ingin mencuba sekejap. Dalam hati berkata, "Ala... tukar sedikit coding sahaja, blog tidak akan ada apa-apa lah" tanpa memikirkan kemungkinan yang akan terjadi sebaliknya. 

Tetapi apabila sudah membuat perubahan pada coding, terasa malasnya nak Preview Template (nak-nak bila HTML editor dah berubah wajah baru sekarang dengan preview blog berada di dalam editor tersebut) dan tidak sabar hendak tengok hasilnya. Maka, terus ditekan butang Save Template. Kemudian refresh paparan blog di browser.

Kalau nasib baik, output blog menjadi seperti yang diinginkan. Bagaimana kalau tiba-tiba tidak menjadi? Blog telah berubah lain (kemungkinan tidak sama template dan widget berterabur) atau ketika sedang tekan butang Save Template, internet terputus tiba-tiba. Gawat betul, bukan?

Sebab itu, betapa pentingnya untuk membuat backup terlebih dahulu walaupun perubahan yang ingin dibuat hanyalah beberapa patah perkataan coding. Janganlah memandang remeh tentang perkara ini.

Seharusnya, backup blog terlebih  dahulu di Template > Backup / Restore dan klik pada butang Download full template.



Kemudian, buatlah perubahan pada coding dengan tenang. Sekiranya tidak output yang diinginkan tidak menjadi. Bolehlah segera Restore balik blog template dengan menekan butang Choose File dan pilih fail yang kita Save tadi, dan kemudian klik pada butang Upload. Blog akan kembali normal seperti sediakala.

Mia sendiri pun buat backup sebelum buat satu-satu perubahan dan namakan template kepada aktiviti yang dibuat. Contoh seperti di bawah :


Mia tetap backup, sama ada berjaya atau pun tidak, bila buat perubahan blog. Cara ini amat memudahkan Mia dan akan senang nak rujuk fail template mana yang sesuai.

Jangan takut untuk membuat perubahan pada blog, terutamanya sekali kepada blogger baru. Memanglah kita tidak akan tahu kalau tidak mencubanya terlebih dahulu. Apabila tersilap langkah, boleh kembalikan pada yang asal. Belajar melalui pengalaman akan lebih mematangkan kita dalam dunia blog. 

Selamat makeover atau buat perubahan pada blog ya....

perkara penting yang dianggap remeh oleh sesetengah blogger...

52 comments:

  1. thanks for sharing....belajar dr pengalaman...huhu

    ReplyDelete
  2. wah cara akak sama macam apa yg saya buat! hehehe berfikir sebelum bertindak :)

    ReplyDelete
  3. paly mmg bekap dlu kalau nak edit

    ReplyDelete
  4. thanks sharing kak mia... :D baru tahu penting jgak backup nie :D

    ReplyDelete
  5. Betul..backup dulu sebab takut tersalah edit, menangis tak berlagu..hehe, ataupun edit dekat blog testing dulu.

    ReplyDelete
  6. memang penting sangat kak untuk backup blog, kalau salah step takut putih mata nanti!!!

    ReplyDelete
  7. betui t.. kang sia2 je buat perubahan, tapi tak menjadi.. dah penat nk buat dr awal balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak buat balik semula tu yang rasa payah... belum tentu lagi ingat sebijik semuanya...

      Delete
  8. selalu mmg bt backup blog dulu..bkn apa takut silap nt menangis plak..huhu dh la lemah bab edit2 ni..boleh sikit2 je..

    ReplyDelete
  9. pernah terkena kejadian macam nie...gawat blog akak 2 ke 3 hari....nasib baik back to normal ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gawat kak sukma.... jiwa kacau betul dan cepat2 rasa nak betulkan balik... sanggup ngadap blog berjam2...

      Delete
  10. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete
  11. dulu sy xde backup2 pun blog sbb malas...tp lame2 bile dh byk kali ubah sane sini rase penting tu.jimat mase.paler pun xserabut nk cari itu ini balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. cam tu la harith.... lagi senang kan.. nak edit blog...

      Delete
  12. assalamualaikum mia...mekacih atas perkongsian ini...:)

    ReplyDelete
  13. Thanks 4 sharing..tips yg sangat sesuai utk i..;p

    ReplyDelete
  14. Betul tu.....persiapan backup penting.

    ReplyDelete
  15. Betul tu.. Sebelum edit, backup dulu ;)

    ReplyDelete
  16. betul kak mia, mmg kena berani mencuba. tp sy tak berani la. sbb rasa diri tak reti, tak reti koding2 ni. kalau nak buat pun slow2 je. thanks kak mia utk ilmu ni

    ReplyDelete
  17. Selalu jgk terkena dulu gara2 tergopoh gapah dan xtau..baru nk bljr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni dah boleh buat dengan berhati2 dan backup dulu ya mieza..

      Delete
  18. mmg diakui sikap malas nak backup template tu kadang2 melanda diri ini....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk tang tu.. tak dapatlah kak mia nak tolong huhuu... tuan punya diri sendiri kenalah rajin skit...

      Delete
  19. bagus juga reminder dari kak mia nie...takut tersalah edit...hilang semuanya......

    ReplyDelete
  20. Hehehehehe... beringat sebelum terkena.

    ReplyDelete
  21. mv TAK TEROR BAB NI..DAH EDIT PUN UPAH ORG..HUHU

    ReplyDelete
  22. So far tak pernah ubah templete lagi yang minor2 adalah...

    ReplyDelete
  23. shida pn xkn ubah..ubah design myb kak mia hehee :D

    sakitt oo..kalo x backup habis semua..

    ReplyDelete
  24. Perkara penting ni Mia. Kalau tidak, menangis tak berlagu nanti.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... memang terlalu dan amat penting kak salmi..

      Delete
  25. bagus2 kak mia . penting tu backup blog :)

    ReplyDelete