Review Lulur Mandi Biji Kopi Dan Gel Mandian Santan Kelapa

Sunday, November 24, 2013

Review Lulur Mandi Biji Kopi Dan Gel Mandian Santan Kelapa

Kali ini, Mia nak buat review tentang produk lulur mandi biji kopi dan gel mandi santan kelapa. Pertama kali Mia cuba lulur badan dengan produk ini, dah rasa terpikat. Dengan aroma kopi yang begitu menyegarkan, cukup menenangkan. Sambil lulur, sambil sental kulit dan di tempat-tempat yang terlindung seperti celah ketiak dan peha.

Memang best betul aktiviti melulur seluruh badan. Kiranya DIY sendiri di dalam bilik air. Lama juga Mia lulur. Kemudian biarkan dalam 5 hingga 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih. Hasilnya kulit menjadi lembut, licin dan lembap. Badan terasa begitu segar. Kalau selalu guna, kulit akan menjadi semakin bersih dan cerah.

Jom kita tengok...

Inilah produknya.

Keterangan dan cara guna di label produk.

2 sudu biji kopi + 2 sudu gel mandian santan kelapa.

Selepas dicampurkan, barulah boleh dibuat lulur.

Harganya pun berpatutan dan mampu dibeli. Tidak semestinya lulur untuk anak dara sahaja. Wanita yang dah berkahwin macam Mia ini pun patut lulur juga. Bukan untuk siapa. Untuk suami juga...

Jom baca keterangan produk ini untuk lebih jelas...

Lulur mandi biji kopi mengandungi anti oksidan yang tinggi untuk menyegarkan badan, melembutkan dan memutihkan kulit, menghilangkan kesan hitam pada celah peha dan menghilangkan keletihan akibat stres.

Gel mandian santan kelapa mengandungi lulur santan yang dirumus secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati, merangsang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan dan mengurangkan risiko kulit gelap akibat terdedah kepada cahaya matahari. Kandungan asid laurik berkesan merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit dari jangkitan kuman.

Kulit lebih cantik | Harga mampu milik


Mia dah cuba. Untuk kesan yang lebih cepat, kena rajinlah melulur...

12 comments:

  1. leyla gune gak lulur . gune puteri binari . yang tu ok jugak . superb lembut 1 badan . tq sharing akak . nanti bleh try yg ni pulak .

    ReplyDelete
  2. Bestkan Mia.,dapat manjakan diri..dah lama tak gi SPA..nak buat sendiri tu agak malas...

    ReplyDelete
  3. Best. Buat sendiri boleh save duit sikit rasanya,

    ReplyDelete
  4. tak payah susah2 pergi spa kan kak? :)

    ReplyDelete
  5. slalu guna puteri binari je... hehe.. tapi pas lulur memang best...rasa badan wangi je..bersih je.. :)

    ReplyDelete
  6. Wah.. Blh try ni.. Sy suka berlulur rasa bersih je bdn..

    ReplyDelete
  7. tengah mencari...dah lama tak buat lulur nie....

    ReplyDelete
  8. lulur? pernah dengar perkataan tu sebelum ni..

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.