Seronoknya Berblog Bila...

Wednesday, November 6, 2013

Seronoknya Berblog Bila...



Wahhh... tajuk entri ini macam menarik je kan? Mia nak kongsikan pengalaman Mia tentang keseronokan berblog ini.

Seronoknya berblog bila...

  1. Berjaya buat blog sendiri walaupun terkial-kial pada mulanya
  2. Berjaya buat entri pertama di blog walaupun tiada siapa yang bacanya
  3. Terima komen daripada pengunjung walaupun satu patah perkataan saja
  4. Dapat income daripada blog, sukanya tak terkira macam nak lompat-lompat walaupun dapat 2 angka saja
  5. Bilangan follower bertambah dari aktiviti blogwalking, join segmen, giveaway atau contest
  6. Blogger lain blogwalking ke blog kita, rasanya macam nak sepantas kilat pergi membalas kunjungan
  7. Berjaya ikut tutorial dari mana-mana blog untuk edit blog sendiri supaya cantik
  8. Berjaya dapat sambutan yang menggalakkan bila buat segmen atau contest walaupun hadiah tidak sebesar mana
  9. Dapat sponsor produk atau perkhidmatan untuk di review di blog
  10. Menulis entri dengan senang dan mudah ketika idea mencurah-curah
  11. Semua entri di blog di index dan mudah dijumpai dalam enjin carian
  12. Adanya pengunjung tetap yang setia yang sentiasa memahami kita di kala susah atau senang
  13. Dapat jumpa rakan blogger di alam nyata
  14. Dapat bayaran melalui ruang sewa iklan dan advertorial (sponsored post) di blog
  15. Dapat tolong rakan blogger yang menghadapi masalah blog
  16. Segmen copy paste yang diperkenalkan kini menjadi ikutan ramai blogger. Paling suka sangat yang ini
  17. Baca komen-komen pengunjung di entri blog menandakan ada respon dari pengunjung
  18. Dapat berinteraksi dengan pengunjung melalui ruang komen entri, fanpage, twitter, google+ dan instagram
  19. Protege yang dididik berjaya menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan dan berada di bawah ranking 500 Malaysia
  20. Dapat wujudkan komuniti mialiana.com yang mesra, meriah dan kenal antara satu dengan yang lain.
Nampaknya itu sahaja yang Mia boleh fikirkan buat masa ini. Mungkin ada sesiapa boleh menambah jika ada...

hakikatnya memang seronok bila berblog..

44 comments:

  1. mmg syok berblog..blog sy dh mcm diari sy.hahaha...diari yg boleh dishare dgn khalayak.hahahahhaha......
    jom singgah blog sy.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak mia. sheila setuju. memang seronok berblogging kalau semua ni ada :)

    ReplyDelete
  3. betul tu... memang seronok terutama bila blogger top macam mia singgah blog YB... rasa teruja sangat2 :D

    ReplyDelete
  4. Betul3. Tapi masih banyak yang belum saya explore dalam blogging. Ini pun masih belajar dari bawah, Insya Allah lama2 nanti baru okay.

    ReplyDelete
  5. betul tu kak mia..dunia blog ni boleh mengeratkan silaturahim..macam sebelum ini..wan tak kenal kak mia..bila follow blog ni..baru kenal kak mia.. :)

    ReplyDelete
  6. setuju dgn kak mia... saya sgt berharap saya dpat sukses mcm kak mia.....
    moga sy dpt sukses mcm kak mia.... love love my blog so much.

    ReplyDelete
  7. Suka berblog jika dapat kunjungan blogger popular dan terkenal seperti Mia... :)

    ReplyDelete
  8. betul tu kak.. bila blogger2 berkunjung ke blog kite pon dah cukup happy :)

    ReplyDelete
  9. saya bersemangat pulak bila kak mia list mcm ni.sy tnya balik dalam diri apa yg sy dapat sepnjg berblog ni

    ReplyDelete
  10. Mmg seronok..tambah bila org lain dpt manfaat dr entry kita tulis dan kongsikan..

    ReplyDelete
  11. seronoknya kalau semua ni jadi kenyataan kan kak mia hehe...

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah semoga usaha akak di redhai Allah

    ReplyDelete
  13. seronoknya, brjaya ddlm dunia blog, nmpknya, aisya masih mentah lagi... tak reti nak comersialkan blog

    ReplyDelete
  14. betul2 tue...hihihi cr kalau tak sibuk rajinlah komen blog blogger lain..

    ReplyDelete
  15. ya, sgtlah seronok bila dapat semua tu. berblogging mmg seronok. :D

    ReplyDelete
  16. Memang seronok kak blogging nie. Teringat plak time saya mula blog awal2 dulu. Saya tulis entry sendri, baca sendiri, kekadang komen sendiri. Haha. Alhamdulillah skg ada kemajuan. I like blogging :)

    ReplyDelete
  17. dayah suka berblog bila dayah dapat kawan2..sebab dayah suka berkawan..dapat kenal ramai kawan and yang paling penting dai faham kenapa kita berblog..wahhhhhhhh...best3 ^^

    ReplyDelete
  18. untung kak mia...hihi...
    cik akak suka berblog...sebab ramai kawan :)

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..jua pu bersyukur kak mia..bersyukur kerana dapat sahabat blogger yang sangat ikhlas dalam menjalin ukhwah..

    ReplyDelete
  20. Salam.

    Kak mia..seronoknya berblog bila saya dapat asah skill menulis saya,hehe. Yang pasti, blogging memang best ^_^

    ReplyDelete
  21. makin seronok berblog ni bila dpt join GA dan buat GA... merapatkan ukwah sesama kita...

    http://karyamahirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. ada yg dah rasai keseronokan tu dan ada yg belum..=D

    ReplyDelete
  23. seronoknya berblog bila line internet laju, dan tak tersekat-sekat macam siput... hehe

    ReplyDelete
  24. blogging memang seronok! dan kalaulah saya mampu peruntukkan masa sikit atau lebih dalam blogging ni... :)

    ReplyDelete
  25. Betul tu..apepun..blog kak Mia memang the best :)

    ReplyDelete
  26. betul..tapi segmen copy paste sis tu mmg terbaik...

    ReplyDelete
  27. Huhuhu saya masih bayi lagi dalam dunia bloging ini

    ReplyDelete
  28. Mmg betul tu.. sy pun masih baru.. semakin hari semakin suka berblogging.. :)

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum mia...betul tu mmg seronok rasanya...

    ReplyDelete
  30. setuju sesangat dengan statement ini MIA...rasa bangga dapat edit blog sendiri tu yg mahal pengorbanannya dan berbaloi....

    ReplyDelete
  31. saya suka sangat entri ni. saya nak bagitau yang saya seronok dapat kenal blogger yang sangat baik hati seperti kak mia

    ReplyDelete
  32. seronoknya.. mesti melompat-lompat keriangan macam kanak-kanak ribena seronoknya tu. hehe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.