Hati-Hati Dengan Putar Belit Advertiser

Saturday, November 30, 2013

Hati-Hati Dengan Putar Belit Advertiser


Tadi pagi Mia update wall status facebook Mia dengan keadaan yang agak kecewa. Boleh baca kat gambar printscreen di atas.

Kadang ada yang cop blogger sombong bila tolak tawaran lumayan dari advertiser (pengiklan). Bukan itu sebenarnya yang blogger cari. Macam Mia, Mia selalu berhati-hati tidak mahu terjadi seperti blogger-blogger lain.

Kadang advertiser hanya pentingkan diri sendiri dan sentiasa pandang rendah pada blogger. Walaupun blogger itu ada kerjaya tetap yang profesional. Sekarang ini.. golongan profesional pun ada blog sendiri.

Ingat dengan bayaran yang lumayan boleh beli blogger? Oh.. please... blogger pun ada maruah juga. Jadi bila ada advertiser sebegini, sila semak butiran perjanjian (agreement) dengan betul. Kalau ianya lebih berat kepada advertiser, tidak perlulah nak susahkan diri sendiri.

Dalam kes ini, Mia dengan rela hati melepaskan RM 2000 sebulan pergi. Sebab tahu kemampuan Mia. Mia ada komitmen kerja dan keluarga. Syukur sangat, telah ditunjukkan keadaan sebenar yang advertiser ini tidak boleh nak toleransi sebelum sign agreement. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Eyriqazz yang inbox facebook Mia, berikan pandangan dan nasihat kepada Mia. Barulah rasa lega sedikit hati ini.

Entri ini tidak berniat untuk burukkan sesiapa tetapi sekadar luahan Mia saja.

tidak mengapa... yang penting kita happy berblog... (^_^)


Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Hadiah bernilai RM 2,387.00 untuk dimenangi

Dah join ke belum? Hari ini hari terakhir. Cepat ya, sebelum 11.59 malam ini.

41 comments:

  1. Mmm..kadang-kadang org pandang blogger ni sebelah mata je..be strong kak mia..

    ReplyDelete
  2. kak miaaaaa,abg eyriqazz mmg baik. Salu kasi pendapat. Takpe,kita pentingkan apa yg lebih penting lagi k :)

    ReplyDelete
  3. sabar kak mia, pasti hati-hati... hmmm, manusia..

    ReplyDelete
  4. Sabar yer kak mia..anggaplah ini sebagai dugaan dlm dunia blogger ini..

    ReplyDelete
  5. Kesian kita-kita ni dicop sombong kan. Kita bukan sombong. Alahai, tiba-tiba touching pula ni.

    ReplyDelete
  6. memang teruja kalau dapat tapi cara kita stail kita perlu ada toleransi dalam hal ini....bukan rezeki MIA....sabar yea....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan kak sukma... tapi kena juga cermin diri ini... kalau tak mampu, takyah la...

      Delete
  7. sabar je lah kak Mia, orang memang suka label kita macam-macam..

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yg baik utk blogger sekelian.. T kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 ya khir... saling ingat mengingati...

      Delete
  9. ya..betul yg penting kita hepi berblog :-)

    ReplyDelete
  10. Thanks share pengalaman pada blogger yang lain :)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. thanks nor... ;) tengah kuatkan semangat ni...

      Delete
  12. Kes macam ni memang kena berhati-hati kan..

    ReplyDelete
  13. qihah pun ada juga terima dari www.weeclicks.com.my.. tapi qihah tak reply sebab tak reti bab2 ni.. rugi pun ada.. hmm.. minta tunjuk ajar kak mia yang lebih arif bab2 blogging ni eehhe

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.