Hasutan Membinasakan

Thursday, January 16, 2014

Hasutan Membinasakan


Hasutan membinasakan
Bisik berbisik menceritakan
Perihal orang dikisahkan
Sampai menyampai sesama rakan
Akhirnya tersebar merata sakan

Hasutan membinasakan
Dari kawan menjadi lawan
Perkara yang benar tidak diendahkan
Perkara yang salah diwar-warkan
Bila direnung terasa menyedihkan

Hasutan membinasakan
Suasana harmoni tidak lagi dipedulikan
Kucar-kacir diporak-perandakan
Dari yang kecil dibesar-besarkan
Entah apa yang nak dibanggakan

Hasutan membinasakan
Hati-hati usah percayakan
Selidik dulu sebelum menyebarkan
Nasihat ini jadikan tauladan
Agar kita penuh kesedaran

puisi Mia di petang ini yang berunsurkan nasihat...

32 comments:

  1. kekadang2 kawan tu nampak je bukan lawan, tp elok2 je dok tikam belakang..

    Contest SEO Car Stickers Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah... betul tu paly... selalu macam tu...

      Delete
  2. Nice puisi sis Mia . Yaa, kerana mulut badan binasa . ~ :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk... hihi.. tiba2 idea puisi muncul. tq ya kiera...

      Delete
  3. wah pandai kak mia

    semua ujung tu bunyi sama..penuh bermesej
    aah hati2..jgn sampai hasutan mengundang fitnah...
    hindari budaya menghasut..kan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala yumida.... segannya kak mia.

      hasutan selalunya mengundang fitnah. moga kita dijauhkan...

      Delete
  4. Jangan menghasut atau tergolong dalam golongan di hasut..lari jauh² :)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. jaga lidah sendiri lebih senang. fikir dulu sebelum cakap...

      Delete
  6. saya paling pantang kalau ada orang yang suka menghasut. semoga kita semua dihindarkan daripada bersikap sebegini

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tu... terus blacklist orang yang macam tu...

      Delete
  7. ish....
    betul.
    Sampai mengumpat satu hal, fitnah boleh jadi, tikam boleh jadi.
    Semua dari hasutan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai berbunuhan pun boleh jadi.... impaknya sangat besar...

      Delete
  8. betul tu kak...jangan kita jadi penyebab fitnah berterbangan :)

    ReplyDelete
  9. betul tu. kadang2 kita dgr org bercakap pasal org lain pun kita boleh percaya. hasutan nie kdg2 tersirat sgt

    ReplyDelete
  10. Mmg betul.. hasutan tu senjata syaitan laknatullah...

    ReplyDelete
  11. sbb tu kita perlu ada sistem penilaian dan tapisan dalam diri kita sendiri..have ur own thinking n judgement..bila org hasut, insyaallah x mudah terpedaya selagi tak menyaksikannya sendiri..

    ReplyDelete
  12. puisi yg pnuh pngajaran. Tak semua kawan tu baik

    ReplyDelete
  13. Hasutan Membinasakan : Setuju sangat sangat sangat..

    ReplyDelete
  14. hasutan membinasakan, syatonnirrajim bertepuk tangan..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum mia...mmg menarik...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.