Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy

Thursday, January 30, 2014

Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy


Program Latihan Terapi Spa di Beaubelle Academy

Kepesatan pembangunan industri spa kini menarik ramai pelancong asing yang ingin memelihara badan, minda dan rohani termasuklah spa dan barangan penjagaan diri. Begitu juga dengan pelancong tempatan. Bagi menampung keperluan yang mendesak ini, Beaubelle Academy menjemput kepada semua yang layak untuk memperoleh sumber pendapatan di samping menjalani latihan melalui biasiswa yang ditawarkan. Latihan terapi spa mampu meningkatkan kemahiran dan memberi peluang kepada setiap individu untuk mendapat kerjaya yang stabil pada masa hadapan.

Program ini membuka peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke kolej / universiti, mereka yang tidak ada pekerjaan, anak-anak yatim, lepasan sekolah, ibu tunggal, dan mereka yang berminat untuk mempelajari teknik yang betul untuk melakukan terapi spa.

Ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan Beaubelle Academy. Ditawarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Berlangsung selama 6 bulan dan merangkumi 2 bahagian iaitu Teori selama 3 bulan di Beaubelle Academy dan Latihan Amali di premis spa terpilih selama 3 bulan. Beaubelle mempunyai 2 buah spa iaitu di ibu pejabat, Dataran Prima dan sebuah lagi di Starhill, Kuala Lumpur.

Sepanjang berada 3 bulan di Akademi, pelajar akan diberi elaun sebanyak RM300 sebulan kepada mereka yang mempunyai jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3000. Selama 3 bulan berada di Akademi, pelajar diberi pilihan untuk tinggal sendiri atau di asrama (hostel) yang disediakan oleh Beaubelle Academy. Pelajar yang ingin tinggal di asrama akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 sebulan termasuk bil air dan bil elektrik.

Selepas 3 bulan di Akademi, pelajar akan menjalani latihan amali di premis spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang dan mereka akan terus diserap di spa tersebut. Antara spa-spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang yang telah menempatkan pelajar-pelajar Beaubelle Academy, ialah Shangri La Putrajaya, Spa Village Kuala Lumpur, The Banjaran Hotspring, Body Perfect Sdn. Bhd., Reedes Beauty Centre, Spa Manja Johor Bahru, Pullman Putrajaya Lakeside, Avillion Spa Port Dickson dan The Sompotan Spa.

Selepas tamat pengajian, pelajar akan diberi pengiktirafan Sijil SKM Tahap 3, di mana sijil ini sebenarnya adalah sijil yang perlu pelajar ikuti selama setahun tetapi di Beaubelle Academy, pelajar hanya perlu menjalani latihan selama 3 bulan sahaja. Para pelajar akan mempunyai kontrak selama 2 tahun dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk bekerja di spa tersebut.


Kemudahan asrama pelajar





Jika anda berminat, jemputlah datang ke Hari Terbuka Kerjaya Beaubelle Academy pada hari Isnin, 17 Februari 2014

klik pada gambar untuk besarkan

Rebutlah peluang untuk menerima biasiswa bernilai RM9,500 termasuk elaun bulanan sebanyak RM300 sebulan sepanjang 3 bulan di Beaubelle Academy dan selepas 3 bulan anda akan dijanjikan peluang pekerjaan di spa-spa terpilih dengan gaji permulaan sebanyak RM1200. Anda juga berpotensi bekerja di hotel spa bertaraf 5 bintang!

Tarikh : 
17 Februari 2014 ( Isnin )

Masa : 
1.00 petang hingga 4 petang

Lokasi :
No 31 - Tingkat 6, Block D1 PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya.


Sesi temuduga adalah terhad. Pihak Beaubelle akan menghubungi anda. 
Sila isi borang pendaftaran online dengan  KLIK SINI

sememangnya program latihan terapi spa ini 100% percuma dan 100% dapat kerja... jangan lepaskan peluang ini... 

29 comments:

  1. another good chance offered by our gov :) kalau saya ternampak ads ni awal 2 tahun , mungkin boleh try :l but terapi spa much better for ladies

    ReplyDelete
  2. bagus ni memberi peluang kepada mereka yang memerlukan :)

    ReplyDelete
  3. bagus untuk mereka berminat nak belajar tentang spa ni kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sally... sekarang susah nak cari kerja...

      Delete
    2. salam...mia liana..awk bahagian recruiter ye

      Delete
  4. bagus program nie. demi masa depan anak muda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nad.. peluang dah ada kat depan mata..

      Delete
  5. en. ismail anda memang layak utk memohon memandangkan umur 37thn :)

    ReplyDelete
  6. program ni memang bagus terutama yang minat dengan bidang kecantikan

    ReplyDelete
  7. wahh program yg sgt bagus ni..byk kemudahan disediakn..untung la sapa yg masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.... kalau tak dapat2 kerja, bolehlah join ni...

      Delete
  8. assalamualaikum mia...bagus juga ni...;)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.