Kisah Kerja Hari Ini

Sunday, July 27, 2014

Kisah Kerja Hari Ini


Di kala semua orang sudah pun bercuti raya, Mia masih kerja lagi hari ini. Kat pejabat dah tak ramai yang kerja, senang sedikit nak buat kerja design flyer saiz A5 untuk program banci nanas. Senyap dan tenang. Mia buat yang simple saja. Design guna Adobe Photoshop.



Sambil-sambil itu, boleh pula aircond bilik server meragam. Ada jadi ais kat dalamnya. Tak pasal-pasal korek ais dan perah airnya keluar ke baldi. Nasib baik ada Shila (staf baru ICT) dapatlah juga tolong Mia. Kerja-kerja membersihkan selesai sebelum 1.00 tengahari.

Nak tahu tak, aktiviti korek ais ini dibuat secara manual. Pernah cerita kat blog ini dulu di SINI. Buat sementara, guna air cond kecil dan Hafizs tutup mana-mana server yang tidak penting.



Lepas raya lah... baru panggil orang untuk repair air cond ini. Dah uzur sangat sejak tahun 2007.

Memandangkan hari esok hari raya, kami diberi keizinan pulang awal. Alhamdulillah...

dah mood raya ni...

4 comments:

  1. Eh.. kerja lagi?! O,O Apapun.. Selamat Hari Raya ^^ Take care :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya...maaf zahir dan batin...kerja ketika orang lain cuti memang tak seronok!

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum mia....terbaik la boleh buat sendiri...kena ganti juga ni...:)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.