Suasana Raya Terasa Kini

Saturday, July 26, 2014

Suasana Raya Terasa Kini



Suasana raya terasa kini
Sedikit masa lagi
Sangat dinanti
Kemeriahan Aidilfitri

Suasana raya terasa kini
Sanak saudara berkumpul kembali
Terbayang keseronokan tambah seri
Riuh rendah menggamit memori

Suasana raya terasa kini
Kanak-kanak paling gembira sekali
Duit raya angan di hati
Dah berkira raya rumah mana nanti

Suasana raya terasa kini
Balik kampung sila hati-hati
Tidak tahu bahaya yang menanti
Moga selamat sampai ke destinasi

Suasana raya terasa kini
1 Syawal kan tiba pasti
Sambutlah dengan keriangan hati
Selamat Hari Raya Aidilfitri

nukilan puisi dari Mia... salam lebaran buat semua..

7 comments:

  1. Eh eh..dah rasa macam esok pulak nak raya baca puisi kak mia ni

    ReplyDelete
  2. Hari raya di sambut bersederhana sahaja...

    ReplyDelete
  3. Tidak semeriah dulu2... sederhana sahaja...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mia...selamat hari raya mia....tahun ni mama beraya ala kadar jer...kurang bersemangat raya ni tanpa ayahanda....:(

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Salam Lebaran buat Mia sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.