Semangat Berblog Perlu Berterusan

Thursday, February 11, 2016

Semangat Berblog Perlu Berterusan


Berblog ni... perlu berterusan. Yang penting, kena ada semangat yang kuat. Bila ada semangat, pasti berkobar-kobar nak berblog. Semangat sangat ni. Sibuk macam mana pun, pasti akan luangkan masa sedikit untuk berblog. Betul tak? Hmmm... alangkah bestnya kalau semangat yang ada tu jadi suntikan dan perangsang untuk kita meneruskan berblog. Macam update blog secara konsisten. Tak pun.. blogwalking secara konsisten. Boleh jadi setiap hari. 2 hari sekali. Ikut kesesuaian kita dan buatlah secara berterusan.

Semangat yang macam ni, sangat susah nak ada. Bila dah ada, kena teruskan jangan berhenti di tengah jalan. Sayang dibiarkan macam itu saja. Kadang semangat macam ni timbul, bila kita terinspirasi. Contohnya blogger ni sibuk, boleh pula konsisten dan maintain momentum berblog secara berterusan. Hah.. kat situ, timbul keinginan di hati, nak juga cuba macam blogger tu. Selalunya memang macam tu.

Tak semua blogger ada semangat yang gigih untuk berblog secara konsisten dan berterusan. Mungkin ada sebab tersendiri. Tapi tu lah... dah ada blog kan... sayangnya nak biarkan ianya terkubur begitu saja. Cuba tengok blog sendiri dalam-dalam... Renung sejenak. Rasa apa?

Kadang kan... bila kita tengah seronok aktif update blog dengan bilangan pengunjung yang konsisten. Trafik blog pun cantik. Tiba-tiba kita berhenti berblog seketika. Tak update blog. Trafik blog berkurangan. Hmmm... lepas tu kalau nak aktif semula kena buat balik. Cari pengunjung semula. Blogwalking banyak-banyak balik. Buat entri SEO (Search Engine Optimization) dan pelbagaikan jenis entri. Bukan senang nak naikkan blog semula seperti sebelumnya. Fiuhhh... kena ada semangat yang betul-betul kental ni.

Cuba tanya diri sendiri. Pernah tak... rasa bersalahnya dalam diri bila dah lama tak update blog? Pernah tak.. terfikir perasaan pengunjung yang datang ke blog kita ni excited / teruja nak baca entri terkini kita? Pernah tak.. rasa sedih bila blog sendiri tiada pengunjung yang datang?

Jawapannya.. sebab itu kita kena aktif berblog. Semangat berblog kena ada. Bukan untuk kita saja bahkan untuk pengunjung setia blog kita yang selalu datang ke blog kita walaupun kita sendiri tak kenal mereka.

Berkat semangat yang gigih dan kental inilah.. terhasilnya blog yang sentiasa berupdate, pengunjung yang setia, mesra dengan pengunjung, dapat membantu menyebarkan maklumat dan pengalaman, dapat jana pendapatan sampingan dan yang terakhir sekali kepuasan berblog dapat dinikmati. Rasa happy je... hilang segala stres.

nak seribu daya...

Entri yang berkaitan :

28 comments:

  1. Laptop rosak insyallah esok ok kot. X sabar nak update balik minggu dpn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo.. kesiannya.. takep take your time ya... mizi..

      Delete
  2. Tkasih atas perkongsian ini, inshaAllah

    ReplyDelete
  3. singgah petang ~ http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Salam. Kak Mia ada tips untuk konsisten update blog? Sekarang ni kekeringan idea buat saya jadi tak konsisten update blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... kena cuba buat something. mungkin boleh buat entri autopost atau backdated. jangan biarkan blog tak berupdate beberapa hari. bila konsisten, prestasi blog akan meningkat.

      kalau tak ada idea sangat, boleh snap gambar apa2... dan ulas lah sedikit. yang penting ada update. cuba ya..

      Delete
  5. betul semnagat kena teruskaan blog juga, bijak lah atur masa bila nak updatekan blog..

    ReplyDelete
  6. Huhu . semangat tu ada sangat kak mia , tapi bila terkenangkan homework nya , dengan spmnya tahun ni terus rasa down nak update blog . huhu . tu yg terbengkalai je rasa blognya . tapi kadang tu cek jugak dashboard nak tahu perkembangan semasa . haha :')

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  7. semangat nk update blog baru dtg balik, emm..agak sibuk dgn life n keje, tapi kali ni nk cube sentiasa konsisten update blog ;)

    ReplyDelete
  8. Betul...ada blog ni banyak mendidik diri PC...sabar...jangan putus asa dan redha...

    ReplyDelete
  9. ye betul.. smangat tu penting. malah bukan sja dlm berblog tp jga dlm segala urusan. :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Masih bersemangat... Curi masa juga untuk update blog...

    ReplyDelete
  11. terasa pulak.. hahaha..
    yelah.. memang tak konsisten dah ni.. huhu.. lama jugak sue dah menyepi.. -__-

    ReplyDelete
  12. Btol kata kak mia...bila dah lama xupdate, nk up kan balik trafik smo tu, memang payah...kne curi masa dan peluang utk update blog...huhu

    ReplyDelete
  13. Btol kata kak mia...bila dah lama xupdate, nk up kan balik trafik smo tu, memang payah...kne curi masa dan peluang utk update blog...huhu

    ReplyDelete
  14. setuju..

    semangat kene berterusan walaupun kekadang hampir nak tersungkur..huhuuu..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum mia...teruskan semangat perjuangan berblogging jgn mudah putus asa...:)

    ReplyDelete
  16. betul kak..dulu MV taffic cantik jer..bila dah mula morning sickness nak blogwalking tue kena usaha lah nakk naikkan semula..tapi xpa..jnji kita usaha

    ReplyDelete
  17. Saya cemburu dengan orang yang blog update blog setiap hari. Dah lama terhenti berblog. Bila nak start balik. Rasa payahnya. =__=

    ReplyDelete
  18. takpe...slow-slow jalan..lama-lama boleh berlari , chaiyok!

    ReplyDelete
  19. Betul tu semangat itu perlu berterusan.
    Kadang-kadang terjadi juga semangat yang hilang :-(

    ReplyDelete
  20. Ada masa dapat singgah diblog kengkawan tapi ada masa langsung tak boleh, apatah lagi nak update..

    ReplyDelete
  21. time cuti sem nie bole lahr on blog,, lepas nie x tau bole on blog atau tidak huhu :( laptop rosak, nie pun pinjam lappy abg

    ReplyDelete
  22. Salam kak mia ! bila tenung blog tumemang sayang , insyaAllah tak kan sia sia kan

    ReplyDelete
  23. Rasa rugi kalau dah berusaha tetiba putus sekerat jalan..gitulah rasanya kalau tak konsisten

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.