Operasi Melapah Kepala Lembu

Tuesday, September 13, 2016

Operasi Melapah Kepala Lembu


Alhamdulillah rezeki raya haji tahun ini, dapat kepala lembu dari kawan Ayah Mia. Maka.. operasi melapah kepala lembu di dapur dibuat oleh Ayah Mia dengan Adik Mia dari lewat petang semalam sampai ke malam. Buat pelan-pelan. 

Ini merupakan pengalaman pertama buat Sofea.. nampak macam mana kepala lembu dilapah. Teruja betul Sofea.

Kepala lembu dengan peralatan melapah

Dibuang kulitnya

Lidah lembu (yang putih tu)

Bahagian daging yang diambil

Bahagian bawah

Sedang dikapak

Siap dilapah dengan tulang muka yang dikapak

Pecahkan tempurung kepala dengan kapak. Bab ni memang perlukn tenaga kuat. Chaiyukkk...

Kelongsong otak lembu

Otak lembu

Mata lembu

Bukan senang nak lapah kepala lembu. Makan masa berjam juga. Alhamdulillah selesai melapah.

ngeri tengok mata lembu lama-lama...

10 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.