Preview Dan Hadiah Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs

Thursday, September 15, 2016

Preview Dan Hadiah Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs


Preview Dan Hadiah Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs

Giveaway seterusnya dari blog Mia selepas Hari Raya Aildiladha ialah Giveaway 3D Gold Stemcell Serum My Beauty Herbs (MBH). Dimulakan dengan pencarian 40 orang blogger yang akan menerima produk 3D Gold Stemcell Serum bernilai RM150 berserta treatment cream dan hendaklah menggunakan produk-produk tersebut dalam masa 3 minggu kemudian membuat entri review berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri. Daripada 40 entri review yang dihantar hanya 20 entri review yang akan dipilih untuk memenangi giveaway ini. 


Peluang keemasan yang harus direbut oleh setiap blogger untuk kekal muda dan anggun! Semua blogger yang berumur 18 tahun ke atas, dijemput join giveaway ini.



3D Gold Stemcell Serum - digunakan pada waktu siang selepas penggunaan toner, sebelum make up.

Treatment Cream - digunakan pada waktu malam sebelum tidur. Sapu nipis di kulit muka dan dinasihatkan agar tidak dicampurkan dengan produk lain.



Untuk menjayakan giveaway ini, perancangan telah dibuat untuk tarikh-tarikh berikut :

Blogger dikehendaki membuat entri penyertaan mengikut coding yang disediakan dan menjawab beberapa soalan yang diberikan di akhir entri penyertaan. Wajib jawab semua soalan-soalan tersebut bagi tujuan pemilihan 40 blogger.

Pengumuman 40 orang blogger yang berjaya dipilih oleh My Beauty Herbs berdasarkan jawapan yang telah diberikan dan diminta dengan segera menghantar butiran yang dikehendaki untuk urusan penghantaran produk. Setiap blogger akan menerima 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream

Penghantaran 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream kepada 40 orang blogger. Blogger dikehendaki untuk terus segera menggunakan produk apabila telah diterima bagi mendapatkan kesan penggunaan yang maksimum.

Tempoh di mana blogger menggunakan 1 unit 3D Gold Stemcell Serum dan 1 unit Treatment Cream secara konsisten setiap hari selama 3 minggu dan seterusnya membuat entri review dengan kreatif dan menarik berdasarkan pengalaman dan testimoni sendiri. Gambar hendaklah diambil sebelum dan selepas menggunakan produk.

7 November 2016 - Pengumuman Pemenang
20 pemenang akan dipilih oleh My Beauty Herbs berdasarkan entri review yang kreatif dan menarik.

Giveaway ini menawarkan hadiah-hadiah yang berikut :

Tempat Ke 1 :
Wang tunai RM 200

Tempat Ke 2 :
Wang tunai RM 150

Tempat Ke 3 :
Wang tunai RM 100

Tempat Ke 4 hingga 20 :
RM50 MBH Product Voucher

Wahhhh... bagaimana? Menarik tak giveaway ini? Blogger dijemput join beramai-ramai.... 

jom 'hot' kan muka kita....

15 comments:

  1. nakkk....mana nak tgk link lain,hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal dipublish.. mengikut tarikh2 yang dinyatakan. untuk entri hari ini.. 16/9 akan dipublish selepas tengahari ni..

      Delete
  2. Waaah ... menariknya .. insyaallah , kalau sempat, saya join jugak ^^

    ReplyDelete
  3. Wah.. menarik juga nih.. insha Allah.. ada rezeki nak join juga..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...macam best jer ni.nanti boleh cuba...;)

    ReplyDelete
  5. wah... jadual yang tersusun rapi. Semoga berjaya mencapai sasaran

    ReplyDelete
  6. alhamdullilah.. smapai 40 orang nk kejar tempat pertama atau 20 peserta terakhir..

    ReplyDelete
  7. Ok kak Mia, produk dah sampai.. dan baru cuba pakai ;)

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.