image 4 Tips Berbuka Puasa - Mia Liana

Thursday, May 25, 2017

# Health

4 Tips Berbuka Puasa


Perkongsian yang bermanfaat buat kita semua ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan. Tips yang amat berguna, dan patut dipraktikkan.


4 Tips Berbuka Puasa

1. Bermula dengan kurma
Kurma istimewa dengan gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama) untuk bolehkan anda solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan betul-betul. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.


2. The 20 minit Rule!
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, barangkali besar anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa rasa kenyang datang selepas lebih-kurang 20minit. Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti lah makan sebelum kenyang”

3. Target Kalori: dalam 700kcal
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermula lah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan, pilih:
  1. Segenggam sumber karbohidrat : nasi, bihun, kentang, mee, roti dan lain-lain.
  2. Sumber protein yang berkualiti : seperti ayam, ikan, tofu, daging dan lain-lain.
  3. Sumber serat : seperti sayur, kekacang, buah-buahan dan lain-lain.
  4. Last sekali baru makan sikit kuih dan  manis-manisan.

4. Tiga Jenis Air
Semasa berbuka, saya selalu ada tiga jenis air.

  1. Air panas : Ini biasa untuk berbuka. Ini untuk bantu “panaskan” sistem penghadaman yang telah berehat lebih kurang 12jam.Tapi tak lah panas mendidih.
  2. Air kosong : Ya untuk dahaga lah kan dan ia tidak berkalori.Apa-apa pun tak perlu terus belasah 3-4 gelas air - nanti buncit perut dan tak selesa. Take it slow and easy. 
  3. Air manis : Untuk air manis, nasihat saya, minum last sekali. Ini untuk nafsu tapi kalau berlebihan, kalori pun berlebihan,

Sumber : SINI

** berbuka puasa dengan sederhana.. jangan berlebihan....

7 comments:

  1. bulan puasa kalau tak control boleh baik berat badan tau!sebab sekali hadap melambakk makanan..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian kak mia (:

    ReplyDelete
  3. wahhh dah nak puasa hikhik. terima kasih share kak mia :*

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum mia...perkongsian yg baik...;)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete