image Bubur Durian Pulut Hitam - Mia Liana

Saturday, 17 March 2018

# Dari Dapur Mia

Bubur Durian Pulut Hitam




Tadi Mia ada cerita sedang operasi kopek durian di SINI untuk dibuat masak bubur durian pulut hitam.

Operasi memasak di dapur bersama makcik dan nenek Mia. Sesekali berkumpul kat rumah nenek, terasa meriahnya.

Bahan-bahan  digunakan ialah durian, beras pulut hitam, santan, gula melaka, gula pasir dan garam.

Cara nak masaknya. Beras pulut hitam direbus dengan air sehingga kembang. Tambah air jika kurang. Agak lama nak tunggu sehingga beras pulut hitam kembang betul. Selepas itu, durian yang telah dikopek dimasukkan dan direbus juga. Kemudian masukkan santan, gula melaka, gula pasir dan garam secukupnya.

Dah siap...





Makan ramai-ramai sekeluarga untuk kudapan petang ini. Alhamdulillah...

** hujan-hujan kat kampung nenek ni... makan bubur terasa seleranya...

6 comments: