image dlvr.it Tidak Support Autoping Entri Blog Ke Facebook Personal - Mia Liana

Thursday, 2 August 2018

# Blog Matters # Information Technology

dlvr.it Tidak Support Autoping Entri Blog Ke Facebook Personal


Mia perasan kat akaun facebook personal Mia ni... kenapalah tak ada autoping entri blog yang baru selepas entri Media Review Best Of Johor | DoubleTree by Hilton Johor Bahru pada jam 6.29 pagi 1 Ogos 2018. Pelik... 

Sebelum itu Mia ada cerita kat SINI yang Mia ada buat setting Autoping Entri Blog Ke Facebook dengan dlvr.it. Menjadi setting tu dan entri blog yang baru masuk ke facebook personal Mia.




Tadi baru Mia buka emel dan dapat pengumuman dari dlvr.it. Mulai 1 Ogos 2018, dlvr.it dah tak support autoping post ke facebook personal. Yang boleh hanya facebook page dan group. Ohhh.. patutlah...





Nampaknya untuk autoping entri blog ke facebook personal, Mia nak tukar guna aplikasi IFTTT pula. Sementara testing tu, Mia cuba ping manually entri blog ke facebook personal Mia.


** sebelum ini dah guna IFTTT untuk autoping entri blog ke facebook page mialiana.com di SINI


5 comments: