image TheBerkat.com | Perkongsian Tentang Kerja, Rezeki Dan Keberkatan Hidup - Mia Liana

Monday, 26 November 2018

# Advertorial # Community

TheBerkat.com | Perkongsian Tentang Kerja, Rezeki Dan Keberkatan Hidup


Wahhh... kali pertama Mia buka portal The Berkat (theberkat.com) Mia tertarik dengan tips, informasi dan elemen positif yang disampaikan tentang Pendidikan dan Kerjaya. Mia dah baca beberapa artikel di dalamnya. Ternyata mesej yang nak disampaikan cukup jelas dengan pengisian yang menarik, pengolahan dan justifikasi tentang topik yang berkaitan serta ada rujukan luar untuk pemahaman yang lebih mudah.





Agak unik juga bila dengar nama TheBerkat.com. Ironinya TheBerkat.com adalah online media, iaitu satu portal yang baru bermula sejak awal November 2018 yang lengkap dengan media sosial Facebook dan Instagram.

Apa yang dapat Mia simpulkan, TheBerkat.com ialah :
  • Laman web yang berkongsi tentang rezeki.
  • Memberi pendekatan peralihan dari fasa alam pendidikan ke alam pekerjaan secara menyeluruh. Contohnya boleh dapatkan cara buat resume online.
  • Menyingkap segala saat suka duka dan pahit manis di dalam dunia pekerjaan.
  • Memberikan tips dan panduan kepada golongan yang baru memasuki alam pekerjaan supaya tidak terkejut dengan perubahan yang berlaku ketika mula bekerja. Contohnya tips temuduga untuk fresh graduate.
  • "Career advice" atau nasihat kerjaya yang bermotivasi bagi golongan kolar-biru dan kolar-putih supaya dapat mewujudkan suasana kerja yang ceria dan harmoni. Contohnya cara mengambil hati boss di tempat kerja.


Mia nak sentuh sedikit realiti semasa situasi yang sering kita alami. Ramai di antara kita ada yang keluar bekerja awal pagi dan pulang ke rumah sehingga lewat malam. Bak kata orang, pergi kerja matahari belum keluar dan balik kerja matahari sudah tenggelam. Ini menunjukkan masa dan kehidupan kita banyak dihabiskan di pejabat atau tempat kerja. Kalau asyik dengan komitmen kerja, bagaimana pula dengan komitmen keluarga di rumah? Anak dan isteri perlukan perhatian kita di rumah. Kalau ibu yang bekerjaya, sudah pastinya anak-anak perlukan kita.

Pengurusan masa dan stres amat penting. Tatkala bila terjadinya isu dan masalah di tempat kerja, ada di antara kita sampai terbawa ke rumah. Kesian pada anak-anak dan isteri, jangan jadikan mereka mangsa stres kita. Jika rasa stress, boleh baca artikel cara mengatasi stress di tempat kerja. Kalau tiba-tiba rasa tak ada semangat, baca pula cara untuk hilangkan rasa malas. Perlu diingatkan masa kita berada di rumah amatlah terhad. Maka, luangkan masa yang ada dengan mereka. Kita perlu wujudkan suasana keluarga yang ceria dan bahagia. Kerana meraka amat berharga buat kita.

Apa yang Mia nak sampaikan di sini ialah kehidupan kita seharian perlu ada motivasi, kata-kata semangat, tips dan panduan agar kita tidak tersasar dan rasa 'down'. Hidup ini bukan untuk kerja semata-mata. Niat kita bekerja adalah untuk mencari keredhaan Allah. Jadinya, belajar untuk ikhlas dalam apa jua yang kita lalui termasuk di tempat kerja, tidak kiralah kerja tetap atau kerja sambilan di rumah. Semoga rezeki yang kita cari itu mendapat keberkatan.

Usah bimbang atau ragu nak terjah TheBerkat.com ini. Ianya bukan berunsurkan politik dan gosip. Juga bukan tentang aktiviti harian kita. Tetapi ianya tentang "it's what that matters". Yeahhhh...

Semoga yang sedang belajar.. dapat belajar dengan bijak dan yang sedang bekerja.. dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh. Tidak ada cara cepat untuk naik pangkat. Ikhlaskanlah dalam segalanya dengan penuh keberkatan.



Oh ya... Senang-senang nanti jomlah singgah ke mana-mana media sosial TheBerkat.com sama ada laman web, facebook atau instagram. Moga ianya dapat dimanfaatkan bersama.













Laman Web : https://theberkat.com



** review dari Mia....



2 comments:

  1. wow, teruja nak tahu lebih lanjut tentang the berkat.com ni.

    ReplyDelete
  2. nice...boleh jadi sumber motivasi untuk mereka yang berkerjaya

    ReplyDelete