image Masakan Ala Thai Sedap Di Chaba ThaiFood Johor Bahru - Mia Liana

Friday, 7 December 2018

# Events # Review

Masakan Ala Thai Sedap Di Chaba ThaiFood Johor Bahru


Siapa kat sini suka masakan ala-ala Thai? Kisahnya, hari Rabu lepas Mia dengan beberapa rakan JDT Blogger menikmati makan malam di Restoren Chaba Thaifood. Lokasinya di Taman Impian Emas, Johor Bahru. Restoren ini memulakan operasinya sejak 4 bulan lepas. Dimiliki oleh anak Melayu yang berasal dari Kelantan dan perniagaan restoren ini kian semakin maju dan telah ada pelanggan tetap.

Pertama kali Mia rasa masakan ala Thai di sini, teruja dengan cukup rencahnya, kesedapannya dan kualitinya yang segar. Serius. Harganya sangat berpatutan dan ada menawarkan set menu makanan yang ekonomi.

Jom tengok review dari Mia..... 

Dalam hati tak sabarnya nak makan. Tapi kena snap gambar dulu sebelum makan. Penuh hidangan lauk pauk dua meja. Dimakan dengan nasi panas, sangat menyelerakan. Lebih-lebih lagi makan berjemaah dengan rakan-rakan JDT Blogger. Meriah....


Tomyam Seafood. Cukup rasanya dengan kuahnya yang pekat. Sarat dengan isinya. Sedap dan tidak terlalu pedas sangat. Mia suka ratah udangnya. Kalau datang lagi, nak repeat yang ini. Favourite sangat...


Tomyam Poktek. Memang pedas, power dan berapi. Penuh isinya. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan masakan pedas. Pasti tidak akan mengecewakan anda.


Siakap Stim Limau. Rasa ikannya tentu semua dah rasa. Tetapi yang bestnya di sini bila di stim dengan limau rasanya jadi wow! Sebab apa? Sebab menggunakan perahan limau segar secara manual. Rasanya sangat lain dari yang lain. Tak percaya? Meh datang sini cuba rasa. Mia suka kuahnya. Siap cedok ke pinggan sampai banjir.


Siakap Dua Musim. Pelik bunyinya. Tapi bila dah rasa pasti nak lagi. Rasanya sangat unik. Tak terluah dengan kata-kata. Sebelah ikan siakap itu, sos gajus dan sebelah satu lagi sos tomyam. Dua rasa yang sangat berbeza. Mia suka yang sos gajus tu.


Siakap Tiga Rasa. Menu standard yang dah biasa kita makan. Rasanya sedap dan tak perlu lagi dijelaskan. Oh ya... untuk makluman semua, ikan-ikan di sini segar dan dibeli setiap hari. Sebab itu rasanya segar dan sedap bila dimakan.


Selain dari menu di atas, ada juga menu-menu lain yang tidak kurang hebatnya. Semuanya sedap-sedap belaka. Tinggal pilih nak makan yang mana satu saja.


Sayur Kailan Ikan Masin

Sayur Kangkung Belacan

Kerabu Chaba

Udang Goreng Tepung


Hoormook Seafood Chaba


Air minuman kami.... air jus buah tembikai dan green tea. Recommended sangat air green tea. Jarang sangat Mia nak minum air green tea. Tapi kat sini boleh habis minum hampir 2 gelas.

Rakan-rakan JDT Blogger yang hadir. Perut sudah kenyang. Hati pun ada senang. Nampak kan di atas meja itu, licin semuanya. Alhamdulillah...



Hmmm... Perasaan Mia selepas makan di sini. Eh! Nak datang lagi lah. Sesiapa yang nak makan masakan ala Thai yang sedap, boleh berkunjung ke Restoren Chaba Thaifood. 





Restoren Chaba ThaiFood
No.17, Jalan Impian Emas 22
Taman Impian Emas
Johor Bahru, Johor


Facebook : Chaba Thai Food
Instagram : ChabaThaiFood_18

Waktu Operasi :
5 petang sehingga 12.00 tengah malam

Untuk tempahan boleh hubungi 0111 3077600



** terbayang-bayang kesedapan masakan di sini.... (^_^)



7 comments: