image Persiapan Naik Sekolah Tahun 2019 - Mia Liana

Sunday, 23 December 2018

# Family Matters

Persiapan Naik Sekolah Tahun 2019


Wahhhh.... sekejapnya terasa masa berlalu. Mia awal-awal lagi dah shopping barang keperluan Sofea di Plaza Angsana. Semua serba baru. Nak bagi semangat baru buat Sofea yang dah dapat no 1 dalam kelas ketiga tahun ini dan melompat naik ke kelas pertama darjah 4 tahun 2019.


Sebagai ibu, tentulah rasa bersyukur sangat... penat lelah mendidik dia berbaloi dengan tusyen, kelas ngaji dan solat. Semuanya untuk si comel Sofea. Duit boleh dicari, kasih sayang tiada gantinya.

Buku dah siap sampul semuanya. Beg sekolah rendah dan sekolah agama dah beli. Tudung, baju kurung putih, scarf dan stokin pun dah beli.

Cuma satu saja tak siap lagi. Ingat tak tempohari Mia ada cerita kat SINI yang Mia pergi beli kain kat Nogaya. Kain sekolah biru Sofea belum siap jahit lagi. Mia agak sibuk dengan komitmen lain ditambah dengan demam batuk selsema hampir seminggu. Hari ini dah semakin pulih. Esok dah boleh mula sambung jahit 5 kain sekolah biru Sofea. Dijangka hujung minggu ini siap.

Semoga tahun hadapan Sofea boleh belajar dengan cemerlang dan kekal di kelas yang pertama sehingga darjah 6.... amin...


** back to school soon...


5 comments:

  1. Rindu pulak nak sekolah balik. Haha Good luck kak Mia sambung jahit kain sekolah! ^^

    ReplyDelete
  2. Hahaa.. Baru nak tanya kain sofea dah siap kee tuuu.. Hahahhaha..

    ReplyDelete
  3. tahniah dah ready nak ke sekolah ya dek

    ReplyDelete