Tengok-tengok dulu apa yang ada di dapur. Hmmmm... ada roti, ada telur. Elok benar lah tu. Boleh lah sarapan pagi dengan roti telur. Tak susah nak masak roti telur ini. Buat yang mudah sahaja. Mula-mula pecahkan telur dan digaul dengan garpu. Ditambah dengan garam secukup rasa dan minyak masak sedikit supaya senang Mia goreng roti telur tanpa menggunakan minyak, Celup roti ke dalam telur dan goreng di atas frying pan. Kalau guna kuali biasa nanti melekat-lekat.

Jom saksikan cara-cara masak roti telur yang tak seberapa ini....








Akhir sekali, bila dah siap... boleh dimakan bersama sos cili atau pun sambal tumis. Memang sedap....

p/s : kadang-kadang masak yang simple begini lagi berselera dimakan...