Hmmm... tidak disangka sudah bertambah setahun usia Mia ini. Terasa macam dah tua pula. Banyaknya hajat dan impian yang diingini... Berdoa agar hidup ini diberkati dan dirahmatiNya. Bersyukur atas apa yang ada.

Yang bestnya dapat ucapan sms dari suami yang sekarang ini berada di luar atas urusan kerja. "Selamat Hari Jadi Sayang". Sukanya walaupun berdua sahaja dengan Sofea di rumah ini. Sokongan padu yang diberikan oleh suami sangat tidak terhingga. Sanggup korbankan segalanya untuk Mia. "Love you so much my dear husband". Mengalir pula air mata ini tiba-tiba. Terharunya. Segala apa yang Mia kecapi sehingga kini dari segi kerja, belajar dan blogging semua atas sokongan yang suami Mia berikan. Begitu juga dengan keluarga Mia, mak dan bapak yang sentiasa mendoakan Mia agar berjaya dalam pelajaran. Keluarga suami yang banyak menbantu menjaga Sofea ketika Mia menghadiri kelas dan outstation.

InsyaAllah, Mia tidak akan sia-siakan harapan dan sokongan yang diberikan. Terima kasih untuk segalanya....

p/s : Love my family so much!