Sabtu dan Ahad lepas, memang Mia sibuk betul edarkan flyers pada pelajar-pelajar baru OUM Johor. Hari Sabtu, hari pendaftaran manakala hari Ahad pula ada bengkel kemahiran. Ramai yang hadir. 

Semalam, memang En Abdul Rahim ada minta Mia bagi talk untuk bercerita tentang pengalaman Mia belajar di OUM tetapi masa tidak mengizinkan. En Jamal, Timbalan Presiden Kelab Pelajar OUM Johor yang menceritakan serba sedikit tentang Mia. Mia siap kena interview oleh pelajar baru yang duduk  di belakang. Jangan risau, Mia boleh dihubungi melalui Facebook atau emel. Kalau terserempak dengan Mia masa kelas nanti, tegur-tegurlah ya... 

Kepada pelajar-pelajar baru, "Selamat menjadi warga pelajar OUM Johor". Tahniah kerana telah terpilih untuk menyambung pelajaran di sini. Kena pandai bawa diri, berdikari dan membahagikan masa. Bukan senang nak sesuaikan diri masa mula-mula masuk ini tetapi percayalah nanti lama-lama akan terbiasa juga.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang 2 hari berkempen. zassss...












Di harap pelajar-pelajar baru dapat memberikan sokongan kepada Mia dengan mengundi Mia sebagai Blogger Of The Year Digi WWWOW Awards. Hanya menggunakan Akaun Facebook, mudah dan senang. Klik sahaja ikon "Vote For Me" yang berada di sidebar blog ini.