image Masalah Ketika Menyiapkan Projek Sistem OUM - Mia Liana

Thursday, 12 April 2012

# Study Matters

Masalah Ketika Menyiapkan Projek Sistem OUM


Jangan pernah luntur atau mudah merasa kalah. Memanglah nampak macam senang nak dibuat. Bila sedang buat macam-macam dugaan yang melanda. Bukannya senang nak jadi programmer ni, perlu ada daya analitikal dan problem solving yang kuat... Buku rujukan banyak di sekeliling...

Incompatibility version of Visual Basic 6 dengan Windows 7, terpaksalah menggunakan Windows XP bagi menyelesaikan masalah ini.

Database yang dibina perlulah dalam normalized form supaya senang dan mudah dan tiada duplikasi. Bila guna Structured Query Language (SQL) untuk akses data, memang pening sedikit sebab ada 6 tables yang berkaitan, banyak guna inner join table.. Laporan yang terhasil pun datangnya dari query SQL. Kalau SQL silap, habis lah figure data tidak betul.. Kena check secara manual...

Yang paling tak tahan, error yang tak boleh nak dibetulkan. Last-last terpaksa juga tukar algorithm lain yang lebih kurang sama dengan yang asal. Asalkan boleh run dan output dapat seperti yang dikehendaki.

Bila ada runtime error, tak tahu error tu duduk kat mana, ada banyak form... form yang mana satu. Terpaksa belek satu demi satu sampai jumpa. Selagi tak jumpa, selagi itulah tak puas hati, mesti nak cari juga.

Paling nak semput bila key in data masuk dalam sistem terkial-kial, maklumlah bukannya data entry clerk. Sambil-sambil key in, kalau ada error yang muncul, terus betulkan sekali... kalau tak dibetulkan nanti terlupa pula...


form transaksi dalam sistem pengurusan kursus
(Mia buat sendiri ni.. perlukan banyak pengorbanan)

Sekarang masih lagi tidak boleh menarik nafas lega.. sebab dokumentasi projek masih dalam peringkat draft. Buat yang termampu walaupun tiada idea untuk mengarang... doakan Mia ya....

p/s: kena kuatkan semangat...

Jangan lupa vote Mia nanti ya...

Vote Me Everyday
23 April - 13 May 2012

18 comments:

  1. kak mia you r my inspiration.waaa takutnya nak wat final project sem may tahun depan..(takut tapi tak sbr)hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? touching betul kak mia ni... jangan takut-takut, tahun depan kena hadapinya juga...

      Delete
  2. chaiyo2..kita dalam masalah yg sama...Mia guna VB eh...aini guna cakePHP...pening bila bangunkan sistem sorang2 nih...x de orang nak share...so, segala masalah kena setle sendiri kan?skang tengah struggle cari coding untuk convert kan report ke excel...doakan saya berjaya jugak ek...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. kan? nak buat camne? semua kena buat sendiri... ok, mia pun doakan SumeSakan juga... good luck!

      Delete
  3. motivate yourself, sis . think positive. always praying for you~

    ReplyDelete
  4. Daripada segmen blog Mak Dara.. Baru sempat blogwalking..

    http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkk eraz.. rajinnya berblogwalking... terima kasih ya sudi singgah sini...

      Delete
  5. waaaa~ dah mcm hacker la plak, programmer, database, SQL ..weeee~akak programmer....cita2 sy tuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. uikkkk takde lah.. taknak jadi hacker...

      kalau nak jadi programmer, kena kuatkan semangat ya miza... boleh tu...

      Delete
  6. dulu aku blaja buat ni sikit2 masa degree. tapi dah lupe dah la skang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. belajar IT juga. hmmm.. biasalah dah ni requirement untuk study... buat je la..

      Delete
  7. klau vb6 ni mmg serasi dgn xp..

    query silap mmg lain yg generate kuar..

    *gud luck kak mia ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... dah update sampai sp 6 lagi. pun xleh jugak. last2 guna windows xp, baru ok.

      memang nak kena jaga betul query ni,kalau tak memang boleh silap yang kuarnya..

      terima kasih ya caliph...

      Delete