image Buah Delima | Khasiatnya - Mia Liana

Monday, 9 April 2012

# Dari Dapur Mia

Buah Delima | Khasiatnya

 Buah Delima | Khasiatnya


Buah delima memang banyak khasiatnya. Masa mengandungkan Sofea dulu memang selalu makan buah delima ni.

Memandangkan Mia ni dah hampir sebulan batuk on dan off sehingga macam-macam ubat pun dah tak boleh jalan. Dada sampai sakit-sakit dan lendir di tekak masih ada lagi. Risau juga...

Nak dijadikan cerita. Kisahnya masa balik kampung minggu lepas. Mia asyik terbatuk-batuk sahaja sampai nak nafas pun susah. Kalau banyak cakap memang gatal sangat tekaknya. Manalah boleh diam, bila balik kampung mesti ada yang nak diboraknya.

Mak Mia dengan baik hatinya telah rebuskan buah delima yang telah pun masak. Sayang kat mak... Kalau buah delima muda boleh juga, tapi kenalah dua atau tiga biji. Lokasi dapur di rumah keluarga Mia. Nasib baik Ayah Mia tanam depan rumah dan kebetulan pula ada sebiji yang dah masak. Agaknya dah rezeki Mia, maka terus dipetik dan direbus sehingga mendidih agak lama. Masak hampir separuh dalam periuk sederhana. Kemudian disejukkan dan dimasukkan ke dalam botol air kosong (bekas kordial durian belanda). Banyak pula bila dah dituang.

Mia pun minum segelas di waktu pagi dan segelas di waktu malam. Rasanya memang tidak sedap, terasa kelat + payau melekat di tekak.

Alhamdulillah, setakat ini dah beransur pulih batuk Mia... Terima kasih pada Mak Uda (adik Mak Mia) yang beritahu petua ini.

Buah delima dicuci bersih dan dipotong-potong kemudian direbus sehingga mendidih. Biarkan lama sedikit.

Bila dah sejuk, dituang ke dalam botol air (bekas kordial durian belanda) hampir tiga suku penuhnya dan disimpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama.

p/s: minum begitu sahaja tanpa gula....

23 comments:

  1. mmg bagus buah delima ni..byk khasiatnya...
    kita pon amalkan minum jus delima..tapi readymade punya la dari iran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo.. memang bagus pun. apa nama jenama yang dari iran tu?

      Delete
  2. err..pregnen pon boleh consume?malam2 batuk la

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh! boleh la. dari mula mengandung, sampai kandungan masuk 7 bulan. lepas tu dah tak larat nak makan buah delima lagi. makan lain pulak.

      Delete
    2. tak batuk pula masa mengandung tu. elok je. makan buah delima, amik airnya je, bijinya Mia buang.

      Delete
  3. salah satu makanan kesukaan nabi dan boleh halang bisikan syaitan selama 40 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih di atas perkongsian ini. memang bagus buah delima ni..

      Delete
  4. tiera suke makan buah ni...tp skrg sush nk jumpe..sbb bukn musim dye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu tiera... cuba cari kat pasar, mungkin ada kot..

      Delete
  5. betul2. buah delima mmg byk khasiatnya. dari kulit hingga ke isi semua berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp... cuma kita je ni... buat tak endah je... dah sakit baru nak beringat... huhu..

      Delete
  6. Sallam Mia,

    Orang dulu2 sehingga ke akar delima tu di buat ubat, kita sekarang tak tau..itulah ruginya kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sekarang semua dah moden.. petua-petua lama banyak telah dilupai....

      Delete
  7. hai mia...
    time mengandung wa mmg melantak buah delima.
    eerr... rebus tu ngn kulit2 dia sekali ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo sama la masa mia mengandung.. heheh..

      haah, yang ni rebus dengan kulitnya sekali. tu yang rasanya extreme tak ingat...

      Delete
  8. btl..buah delima mmg banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  9. terjumpa info ni, juga pasal delima… sharing is caring :) - Delima Cerahkan Kulit

    ReplyDelete
  10. Terima kasih di atas perkongsian ini. Mana tahu berguna untuk kami pulak lepas ni.

    ReplyDelete