Dalam banyak-banyak game Pou yang ada, Mia lebih suka main Sad Tap. Dalam game ini, kita kena cari Pou yang sedih. Kena tengok betul-betul, mesti ada beza mulut senyum dengan yang muncung. Lagi satu, senang nak dapat banyak coin dengan cepat jika dibandingkan dengan game Pou yang lain.



Selalunya Mia akan main sampai score 100 lebih sahaja dan lepas itu terus matikan (game over). Kemudian main balik semula. Sekali main dapat 100 lebih coins. Macam itulah cara Mia kumpulkan duit untuk Pou. Sekarang Pou Mia dah berada di level 75.

Keseronokan bermain Pou bila kita dapat kumpulkan duit untuk dia dan kemudian shopping barang-barang dia. Rasa happy dan hilang segala stres.

main bila free....