Kata orang... rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Alhamdulillah, rezeki Sofea hari ini dapat seketul ayam goreng KFC petang tadi.

Nak dijadikan cerita, masa balik kerja petang tadi, kami sekeluarga makan di restoren berdekatan dengan rumah. Gelagat Sofea mungkin mencuit hati orang yang makan di sebelah meja kami. Sofea cerita aktiviti dia di taska hari ini, membebel bila nak dapat mainan play doh dan banyak lagilah yang diceritanya. Maklumlah 3 hari kena tinggal, tentu banyak yang dilaporkan dengan gaya dan memek muka sekali. Terhibur kami berdua.

Tup-tup Sofea tercakap kuat nak makan ayam. Mia pun suapkan ayam yang ada dalam nasi goreng cina dia. Tak sangka pula, orang sebelah perasan dan kebetulan dia ada bungkus ayam KFC. Dia makan bertiga dengan kawannya. Mia rasa budak-budak UTM la ni. Terus dihulurkan seketul ayam goreng KFC pada Sofea. Sofea segan nak makan lalu dibungkuskan untuk Sofea. "Terima kasih, abang.." Sofea cakap dengan manja.

Baiknya hati budak-budak ini. Terharunya Mia... Semoga mereka berjaya dalam pengajian yang diceburi.

balik rumah sibuk nak makan ayam ni padahal tadi dah makan nasi goreng cina... suka betul Sofea...