Pagi tadi dalam entri SINI, Mia susah hati bila banyak baju yang tak kering. Seluar jeans pun lagilah susah nak kering. Esok Mia dah nak pergi Kuala Lumpur. Ada kursus 2 hari dengan beberapa rakan sepejabat. Urusan hal-ehwal pakaian harus Mia selesaikan pada hari ini juga. 

Tengahari tadi kami pergi kedai dobi layan diri atau self laundry di Jalan Jagung 1, Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Berdekatan dengan pejabat Mia. Nama kedainya, Mr Bean Express Laundry. Mia cuma nak keringkan pakaian sahaja.

Kali pertama nak guna mesin pengering atau dryer machine. Rasa teruja sangat. Sebelum itu, kena tukar duit syiling 50 sen yang baru di vending machine. Mesin basuh dan mesin pengering hanya boleh menerima duit syiling 50 sen yang baru sahaja.








Leganya... bila dah selesai keringkan pakaian. Ramai juga orang yang datang cuci dan keringkan pakaian. Mia bayar RM 5.00 untuk keringkan pakaian dengan high temperature. Boleh datang lagi nanti, bila banyak pakaian yang tidak kering di kala matahari segan nak keluar.

alternatif lain yang berbaloi...