Tahniah diucapkan kepada Aniq Bukhary kerana terpilih memenangi Segmen Nak URL Blog #2. Marilah sama-sama kita terjah entri terbaik Aniq...

Kelibat Mona Fendi Di Damansara

"Pastinya tragedi pembunuhan ngeri 2 julai 1993 masih segar dalam ingatan. Siapa yang boleh melupakan sejarah hitam pembunuhan ADUN Batu Talam, Datuk Mazlan Idris yang telah terpahat dalam lipatan sejarah antara pembunuhan terkejam di Malaysia.

Pembunuhan ADUN Batu Talam itu dikaitkan dengan satu nama yang cukup femous iaitu Mona Fendi. Tapi hari ini saya bukannya bercerita mengenai pembunuhan tersebut. Bagi saya yang berlalu, biarlah berlalu dan jadikan pengajaran.

Apa sebenarnya yang saya ingin ceritakan di sini ialah kelibat wajah yang mirip Mona Fendi yang saya temui siang tadi."

Nak tahu siapa wanita itu, jom kita terjah entri ini di SINI.

Amboi Aniq. Boleh pula terserempak dengan kelibat Mona Fendi. Entah-entah wanita ini mungkin ada kaitan saudara ke... Kalau Mia dah seram sejuk dibuatnya. Memang hangat kes pembunuhan itu pada masa itu. Kecoh betul dengan sejarah hitam pembunuhan yang sangat kejam ini pada tahun 1993. Dikerat 18 bahagian, memang sangat mengerikan. Tak berani nak cerita panjang, naik seram juga ini. Nanti teringat pula wajahnya yang sentiasa tersenyum itu. Adui.. pengsan.

jemput berkenalan dengan Aniq ya...