Petang tadi Mia sampai di Kuala Lumpur. Esok Mia ada mesyuarat di LKIM Puchong, Selangor. Selepas check-in hotel mulalah Mia menjalankan misi hari ini untuk beli baju kemeja Suami Mia. Tiga helai sahaja. Tidak boleh lebih-lebih walaupun murah macam mana. Kuatkan semangat berjalan kaki melangkah ke SOGO sendirian dan bila sampai.... ohhhh tidakkkk...



Bayangkan betapa kuatnya dugaan ini bila tengok angka 70%.. 60% off discount. Terlebih cuci mata. Mujur cepat tersedar sebelum tershopping beli barang lain yang tiada dalam senarai. 

Kena fokus dan jangan pandang belakang, kiri atau kanan. Mia terus ke tingkat atas ke bahagian baju lelaki. Mia cari Ambrosetti Men Swear dan mulalah cari saiz XL untuk Suami Mia. Bukannya tak mahu jenama lain, masalahnya Suami Mia ini American Size. Kadang saiz XL untuk jenama lain, tetapi bila pakai nampak sempit dan sendat. Paling best sekali... mesti dapat teka... Kebetulan Ambrosetti Men Swear sedang diskaun 70% dan dapatlah harga RM 29.97 sehelai. Murah dan berbaloi. Kat Johor Bahru susah nak dapat harga ini. Setelah dibelek-belek dengan sepuasnya, maka inilah hasilnya...

3 helai kemeja lelaki

Suami Mia memang suka dengan warna lembut dan bercorak kotak. Sejuk mata memandang katanya. Alhamdulillah... misi hari ini telah terlaksana dengan jayanya.

isteri kena tahu saiz baju dan citarasa suami....