Sebelum tengahari tadi, sibuk Sofea keluarkan buku sekolah dia. Katanya ada homework yang nak disiapkan. Terkejut Mia, baru tadika 5 tahun dah ada homework.

Mia pun bacakan arahan mewarna dan tunjukkan Sofea cara untuk mewarna. Baru buat sedikit terus dah tak ada mood. Biasalah budak-budak memang cepat boring. Terus main lain...

Tidak mengapalah... Sofea boleh buat sedikit demi sedikit. Lagipun satu mukasurat saja dan hari Isnin baru naik sekolah...

tadika pun dah ada homework....