Happy Birthday Mialiana.com - 3 Years

Hari ini genaplah usia blog ini berdomain 3 tahun. Sejarah macam mana boleh ada blog ini ada di SINI.

Rentetan Sejarah...

Pada mulanya blog ini hanyalah menjadi storage untuk menyimpan maklumat daripada email yang diterima. Sampai penuh inbox. Nak dibuang pula sayang. Jadi Mia copy kan ke dalam blog. Blog ini pula hanyalah untuk kegunaan peribadi. Tiada expose pada orang luar. Masa itu, blog ini diwujudkan pada tahun 2007 dengan url http://mialianas.blogspot.com dengan erti kata lain Mia Liana yang punya sebab ada huruf S di belakang.

Pada tahun 2010, Mia mula aktif berblog. Demi untuk lebih serius di bidang blogging, Mia telah pun tukar kepada domain Mialiana.com pada 23 Januari 2011. Selepas itu mulalah melibatkan diri dengan komuniti blogger secara meluas.

Nama Mia Liana dipilih sebab melambangkan kelembutan dan keayuan wanita. Jauh beza dari nama sebenar. Jadi kalau ada sesiapa panggil dengan nama Mia Liana, memang confirm datangnya dari blog ini. Senang dan mudah, tidak perlu nak tanya lagi.

Kini...

Blog ini mudah dan senang diingati oleh pengunjung yang pernah bertandang ke blog ini. Mempunyai ramai followers yang peramah dan tak jemu-jemu datang ke sini. Perkongsian pengalaman yang dilalui dan maklumat yang diketahui untuk tatapan pengunjung blog ini. Terima kasih kerana sudi support blog ini.

Syukur alhamdulillah... semakin dikenali.. semakin digemari dan semakin disayangi... Much love from Mia...

Sedang Berlangsung :
happy for who I am.... for what I have now...