Bila dibelek-belek kat SINI, dah banyak juga puisi yang Mia hasilkan. Bila dibaca tersenyum seorang. Ada antaranya yang berbentuk nasihat, membebel, luahan perasaan, memuji dan perihal persekitaran.


Alamak tiba-tiba terkesima. Tak tahu macam mana nak jawab komen dari Invisible Me dan MyCherita. Itu yang lambat dijawab.

Sebenarnya Mia pun tak tahu macam mana boleh berpuisi. Bila idea muncul, terus cepat-cepat buat entri draft sebelum idea itu hilang. Ternyata Mia hanya berpuisi sekadar biasa. Bukannya gempak sangat pun. Tapi Mia suka sebab ianya hasil Mia sendiri dan setiap puisi amat bermakna buat Mia.

Tips? Tak ada tips pun. Hanya untuk suka-suka dan hiburkan hati. Penggunaan perkataan yang simple tapi terkesan di hati pengunjung.

Terima kasih kerana sudi baca semua puisi Mia.

sebenarnya Mia segan... huhuhu