Sebelum pulang ke rumah dari rumah mertua tadi, sempat pula singgah di Plaza Tol Perling Lebuhraya Linkedua / SecondLink Highway untuk topup / tambah nilai / reload Touch n Go Watsons Vip Card. Kaunter jualan dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

Tidak lama lagi Plaza Tol Perling akan menggunakan kad Touch n Go sepenuhnya mulai 11 Januari 2014. Seperti yang telah dilaksanakan di Plaza Tol Lima Kedai. Tidak ada kaunter bayaran tunai lagi.




Tak sangka juga boleh ada Watsons VIP Card. Selama ini, kalau pergi Watsons tidak pun tergerak hati nak jadi member, tetapi bila dah ada built-in touch n go barulah sibuk mohon bulan Disember 2013 yang lepas. Cuma baru malam ini, nak tambah nilai touch n go di dalamnya.

Sebelum ini ada satu saja, kad touch n go PLUSMiles Suami Mia punya. Sekarang, masing-masing ada seorang satu tak perlu berebut lagi.

setiap hari lalu tol ini dengan kadar RM 2.30 ...